Kejayaan cetus inspirasi, Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records

Oleh ADINDA

Salah seorang pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming, sekali lagi telah mencipta sejarah sendiri dengan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Beliau terkenal kerana mencipta rekod jualan tertinggi yang terpantas melalui TikTok Shop, bernilai RM1 juta.

Berdasarkan laporan Astro Awani, Khairul Aming berjaya mencapai kejayaan melalui penjualan produk baru beliau, Dendeng Nyet Berapi.

Kejayaan cetus inspirasi, Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records

Produk ini berjaya menjual sehingga bernilai RM1 juta dalam masa hanya 3 minit 28 saat.

Ketika dia diminta mengulas, Khairul mengakui pencapaian luar biasa ini selepas diberitahu oleh TikTok Shop.

Penjualan dendeng sebanyak 80,000 paket telah mendapat penghargaan dalam Malaysia Book of Records.

Beliau juga menganggap penghargaan itu sebagai hasil kerjasama antara pasukan dan komuniti yang sentiasa menyokongnya sejak mula terlibat dalam bidang ini.

Penghargaan Malaysia Book of Records telah diterima oleh Khairul semalam di acara yang diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Baca :

Abang serba salah, adik pula tak tahu dah buat salah – Gelagat kanak-kanak ini menghiburkan

Tak mahu duit RM200 dalam akaun ditolak, lelaki kongsi cara bayar minyak guna kad debit

Ini kaedah kenal pasti simptom ADHD pada anak & cara merawatnya