‘Kelantan dinobatkan sebagai negeri pengurusan kewangan terbaik peringkat negara’ – Pesuruhjaya Pas

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

‘Kelantan dinobatkan sebagai negeri pengurusan kewangan terbaik peringkat negara’ – Pesuruhjaya Pas.

Kelantan dan Terengganu merupakan model keadilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan diketengahkan di peringkat persekutuan apabila mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemerintahan kedua-dua negeri tersebut bebas rasuah yang merupakan prinsip utama perjuangan PN.

'Kelantan dinobatkan sebagai negeri pengurusan kewangan terbaik peringkat negara' - Pesuruhjaya Pas

“Lihat Kelantan yang diperintah PAS sejak lebih 30 tahun masih dinobatkan sebagai negeri pengurusan kewangan yang terbaik di peringkat negara,” katanya pada persidangan media di Hotel Grand Barakah semalam. (Foto atas)

Menurut beliau, kejayaan tersebut boleh dijadikan sebagai jaminan bahawa rakyat akan mendapat manfaat yang sama sekiranya PN menang dalam PRN tidak lama lagi.

“Dalam pemerintahan kami amat menekankan pemerintahan yang bersih iaitu tiada rasuah sebagai asasnya,” katanya yang juga Adun Sijangkang dan ahli parlimen Kuala Langat.

Beliau turut menambah PN akan berusaha untuk membina masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai sifat toleransi serta hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun perbezaan agama.

Beliau turut menolak dakwaan yang menyatakan kononnya PAS sebuah parti yang bersifat perkauman.

“Sekiranya sesiapa mengenali PAS mereka akan melihat apa yang dilabelkan oleh pihak lawan itu berbeza dengan realiti sebenar dan di Kelantan sendiri sebagai bukti kebajikan masyarakat berbeza agama dan bangsa dijaga PAS dengan baik,” katanya

BACA:

Ustaz parti ‘islam’ terkenal kantoi lagi sebar ajaran sesat!

“TRW Kelantan FC bukan kelab jual burger!” Penyokong sindir Zamsaham sekali ini jawapan padu beliau