‘Kemah Abe Halim kito’ – Anak muda bolehlah pakat sertai kelab dikir barat lepas ni

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ramai berseloroh apabila mengetahui Abe Halim panggilan mesra buat penyanyi dikir barat legenda Kelantan, Halim Yazid, 64, menikahi gadis berusia 21 tahun.

Isteri nombor dua pesara dari Universiti Malaya (UM) itu juga peminatnya yang dinikahi Halim pada November 2022.

Mereka berkenalan dalam media sosial dan isterinya itu juga berasal dari Kelantan.

'Kemah Abe Halim kito' - Anak muda bolehlah pakat sertai kelab dikir barat lepas ni
‘Kemah Abe Halim kito’ – Anak muda bolehlah pakat sertai kelab dikir barat lepas ni

“Isteri pertama tahu mengenai hubungan kami, mereka tidaklah bergaduh, tetapi tak berbaik,” katanya lapor BH Online.

Hasil perkahwinan dengan wanita muda itu, Halim dikurniakan cahaya mata perempuan berusia enam bulan.

Selain bayi berkenaan, Halim turut mempunyai lapan cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama.

Berkenaan sumber pendapatannya, Halim berkata, dia kini menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk.

Perniagaan itu diusahakannya sejak tujuh bulan lalu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Halim memberitahu perniagaan itu hanya mengisi masa lapang kerana beliau terpaksa menutup gerai sekiranya terdapat undangan persembahan.

Tindakannya itu disebabkan tidak mahu peminat hampa apabila beliau rupanya tiada di gerai.

Penyanyi lagu ‘Anak Tupai’ itu berkata kebanyakan undangan persembahan diterima membabitkan acara tertutup sehingga disangka tidak lagi aktif menyanyi lagi.

“Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.

“Lagipun, saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada antara mereka datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.

“Jika ada undangan persembahan, saya terpaksa tutup gerai. Walaupun isteri boleh menjaga gerai, tapi saya takkan buka,” ujarnya lagi.

Ligat mencari duit, Abe Halim turut mengambil inisiatif menjual pena pemacu yang mengandungi 74 lagu-lagu dikir barat nyanyiannya pada harga RM150.

Sehingga kini, sudah lebih 500 pena pemacu berjaya dijual selepas mula mendapat idea empat tahun lalu.

Menurutnya, pena pemacu lagu-lagu dendangannya itu laris sejak dibeli jutawan hartanah, Azlan Al-Amin pada 2020 sehingga menjadi tular kerana datang dengan menaiki helikopter.

“Selepas video Azlan datang bersama helikopter jadi tular, permintaan peminat untuk beli lagu-lagu saya meningkat.

“Setiap hari sekurang-kurangnya 20 pena pemacu terjual sehingga saya berjaya langsaikan tunggakan kereta selama empat bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, sekarang jualan semakin perlahan,” tambah ayah kepada sembilan cahaya mata itu lagi.

Baca :

Elok kejadian! Tips masak suhun elak hancur & kembang

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

“Sekali rasa, baru tahu crunchy” – Ibu kongsi resipi kacang botol belacan, licin sepinggan