Kena sidai 2 jam! Rupanya lelaki ini punca operasi KTMB alami kelewatan 120 minit

Oleh AHMAD BADRUL

Susulan tularnya sebuah video yang menunjukkan seorang penumpang menekan brek kecemasan secara tiba-tiba semasa tren sedang bergerak.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengingatkan pengguna tren elektrik (ETS) agar tidak melakukan

sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan pengangkutan tersebut ketika ia sedang beroperasi.

Insiden tersebut telah menyebabkan tren terbabit mengalami kelewatan selama 120 minit.

KTMB, melalui satu kenyataan, memaklumkan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan menekankan langkah kesedaran kepada orang ramai.

Kena sidai 2 jam! Rupanya lelaki ini punca operasi KTMB alami kelewatan 120 minit

“Pihak KTMB ingin menegaskan kepada semua pengguna tren KTMB untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

“Video insiden yang berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) menunjukkan seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak, yang menyebabkan kelewatan selama 120 minit.

“Pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Mana-mana individu yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api untuk memberhentikan tren dalam situasi kecemasan melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya,” katanya.

BACA: