Kenapa pada zaman 80-an banyak lagu diharamkan oleh RTM? Ini puncanya

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa pada zaman 80-an banyak lagu diharamkan oleh RTM? Ini puncanya. Lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM (1989)

Pada 1980-an, stesen penyiaran Radio & Televisyen Malaysia (RTM) terkenal dengan ketegasannya dalam menghalang penyiaran lagu-lagu atas pelbagai sebab.

Lagu-lagu yang tidak diluluskan atau diharamkan penyiarannya oleh RTM ketika itu biasanya dirujuk oleh orang ramai dan wartawan hiburan sebagai ‘kena gam’.

Kenapa pada zaman 80-an banyak lagu diharamkan oleh RTM? Ini puncanya

RTM tidak hanya mengharamkan sesebuah lagu untuk mengawal penyebaran kandungan yang tidak elok misalnya lirik yang kurang sopan atau lucah, tetapi lebih ‘menarik’ sekali apabila RTM juga bertindak mengharamkan lagu-lagu yang disifatkan oleh mereka sebagai sumbang (tidak sedap didengar).

Dalam erti kata lain, ketika itu RTM menganggap diri mereka seolah-olah pakar dalam penilaian teknik nyanyian dan permainan muzik, maka mana-mana lagu yang tidak mencapai mutu rakaman yang ditetapkan oleh mereka tidak akan disiarkan.

Terdapat juga sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan lagu atau muzik yang boleh menyebabkan sesebuah lagu itu diharamkan, misalnya penyanyi lagu tersebut ialah lelaki berambut panjang, maka lagu tersebut akan kena gam.

Sepanjang tempoh keaktifan RTM dalam mengharamkan lagu-lagu iaitu sehingga tahun-tahun awal 1990-an, banyak lagi sebab yang diwujudkan apabila perlu bagi mengharamkan sesebuah lagu.

Ketika muzik rap dan hip hop mula berkembang dengan lahirnya artis seperti KRU, lagu-lagu dwibahasa (Melayu-Inggeris) dan yang menggunakan bahasa pasar (seperti “sempoi”, “gua/lu”) turut diharamkan.

Kemunculan lebih banyak stesen penyiaran (terutamanya radio) swasta pada pertengahan 1990-an yang tidak menghalang penyiaran lagu-lagu sedemikian telah perlahan-lahan menyebabkan usaha pengharaman lagu oleh RTM menjadi kurang berkesan kerana pendengar boleh mendengar lagu tersebut melalui stesen swasta.

Sebuah laporan eksklusif pada 22 April 1989 menyatakan bahawa RTM telah mengharamkan “sebanyak 71 buah lagu dari 20 buah album tempatan” hanya dalam tempoh 3 bulan pertama tahun itu. Dinyatakan bahawa sebab pengharaman lagu-lagu itu ialah:

“Kerana nyanyian” – 48 lagu
“Kerana masalah teknikal iaitu vow” – 8 lagu
“Kerana lagu saduran” – 8 lagu
“Kerana senikata” – 1 lagu
“Kerana ciptaan dan gubahan yang tiada keaslian” – 6 lagu

Tajuk lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM:-

1. Ababil (nyanyian Ababil) – kerana nyanyian

2. Halu Haloba (Ababil) – kerana nyanyian

3. Umpama Mimpi (Ababil) – kerana nyanyian

4. Warna Cinta (Ababil) – kerana nyanyian

5. Ringgit (Ababil) – kerana nyanyian

6. Rindu (Ababil) – kerana nyanyian

7. Badai Cinta (Ababil) – kerana nyanyian

8. Mawar Jingga (Ababil) – kerana “vow”

9. Hidup Topengan (Ababil) – kerana “vow”

Nota: Dengan pengharaman 9 buah lagu daripada album pertama kumpulan rock Ababil (gambar mereka disiarkan sedang tersenyum, pastinya sebelum mengetahui tentang
pengharaman lagu-lagu mereka) menjadikan mereka artis paling banyak lagu diharamkan dalam senarai yang dikeluarkan itu.

Satu-satunya lagu Ababil yang diluluskan untuk siaran berjudul Cinta Belum Berakhir.

10. Sisa Cinta (nyanyian Viking) – kerana nyanyian

11. Jeritan Irama (Viking) – kerana nyanyian

12. Teruskan Perjuangan (Viking) – kerana nyanyian

13. Pastikan Kebebasan (Viking) – kerana nyanyian

14. Damai dan Darah (Viking) – kerana nyanyian

15. Viking (Dalam Pelayaran) (Viking) – kerana nyanyian

16. Pancaran Laser (nyanyian Laser Ray / album Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

17. Selembut Sutera (Steeler / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

18. Ilusi Fenomena Cinta (Hydra / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

19. Dunia atau Neraka (Saxo / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

20. Salam Rindu (Rhythm Machine / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

21. Angkara Manusia (A.S.K / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

22. Jangan Kau Pergi (nyanyian Manimala) – kerana nyanyian

23. Selalu Di Hatimu (Manimala) – kerana saduran

24. Kau Yang Bergaya (Manimala) – kerana saduran

25. Bahagialah Bersama (Manimala) – kerana saduran

26. Beginikah Berakhirnya (Manimala) – kerana saduran

27. Seruling Bamboo (Manimala) – kerana saduran

28. Mandi Mandu (Manimala) – kerana saduran

29. Cik Cik Boom (nyanyian Melissa Saila) – kerana nyanyian & saduran

30. Tarian Kota (Melissa Saila) – kerana saduran

31. Irama Rinduku (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

32. Pesan Untuk Teman (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

33. Kerana Dia Aku Rela (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

34. Harapan Gemilang (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

35. Sengketa Damai (nyanyian Jefriddin & Norzie / album Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

36. Gurindam Jiwa (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

37. Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

38. Terbuku Di Kalbu (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

39. Joget Malaysia (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

40. Gelora (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

41. Nyanyian Rindu (nyanyian Azman) – kerana nyanyian

42. Pesta Hari Jadi (Azman) – kerana nyanyian

43. Sentuhanmu (Azman) – kerana “vow”

44. Ingatlah (nyanyian Lovehunters) – kerana nyanyian

45. Hidup Sederhana (Lovehunters) – kerana nyanyian

46. Realiti (Lovehunters) – kerana nyanyian

47. Halusinasi (Lovehunters) – kerana nyanyian

48. Namamu Di Hatiku (nyanyian Moses Vadham) – kerana nyanyian

49. Perjalanan Cinta (Moses Vadham) – kerana nyanyian

50. Mencari Cinta Yang Hilang (Moses Vadham) – kerana nyanyian

51. Pelita Kasih (nyanyian Mathias Gomez) – kerana nyanyian

52. Rintik Hujan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian

53. Kerasukan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian

54. Katakanlah (nyanyian Roy) – kerana nyanyian

55. Sepanjang Perjalanan (Roy) – kerana nyanyian

56. Keredaan (nyanyian Shima & The Boys) – kerana nyanyian

57. Kelkatu Gugur Sayapnya (Shima & The Boys) – kerana nyanyian

58. Tragedi (nyanyian Helter Skelter) – kerana nyanyian

59. Digigit Bebayang Silam (Helter Skelter) – kerana nyanyian

60. Permata Budi (nyanyian Ibnor Riza) – kerana nyanyian

61. Damaikan Resahku (Ibnor Riza) – kerana nyanyian

62. Tugu Cinta (instrumental / album Juara Lagu ’88) – kerana “vow”

63. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (instrumental / Juara Lagu ’88) – kerana “vow”

64. Renungan (nyanyian Point Blank) – kerana nyanyian/vow

65. Perisai Cinta (Point Blank) – kerana nyanyian/vow

66. Hero (nyanyian Sharm) – kerana nyanyian/vow

67. Sepi Tak Bertemu (Sharm) – kerana nyanyian/vow

68. Hamba Yang Tak Tahu (nyanyian A. Ramlie) – kerana saduran

69. Cintaku Cintamu (nyanyian Zamree) – kerana nyanyian

70. Tanjung Puteri (nyanyian Loving Born) – kerana senikata

Jumlah lebih 70 buah lagu (tempatan sahaja) yang diharamkan oleh RTM hanya dalam tempoh 3 bulan pertama 1989 mungkin boleh dianggap sedikit dalam zaman tersebut di mana berpuluh-puluh buah album baru dikeluarkan dalam sebulan.

Tetapi mengambil kira tempoh keseluruhan zaman di mana RTM aktif mengharamkan lagu, tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa jumlah keseluruhan lagu-lagu yang pernah diharamkan oleh RTM telah mencecah angka beribu-ribu lemon.

Dalam tahun 1989 sahaja sudah pasti beratus-ratus lagu menjadi mangsa sekatan RTM dalam usaha ‘murni’ mereka untuk memastikan rakyat Malaysia khususnya pendengar siaran radio dan televisyen RTM mendapat hiburan yang bermutu dan tidak sumbang.

Nota tambahan:-

• Adakah lagu-lagu yang diharamkan dulu masih diharamkan kini? Tidak lagi, kebanyakannya telah boleh disiarkan tanpa sekatan. Contohnya lagu pertama dalam senarai di atas yang berjudul Ababil telah banyak kali disiarkan oleh stesen radio Muzik FM.

• Antara cara perlaksanaan sekatan: Lagu-lagu yang diharamkan akan ditandakan secara manual pada kulit album sebagai panduan kepada juruhebah radio untuk tidak menyiarkannya. Di bawah ialah contoh kulit cakera padat untuk juruhebah radio RTM pada 1993.

BACA:

Tahukah anda? Polis pernah saman artis sebab berpeluk masa AJL tapi kenapa? Ini sebabnya

Alaska sebenarnya sebahagian dari Russia, ini sebab kenapa Russia jual Alaska kepada Amerika Syarikat