Kerajaan bakal perkenal pinjaman dan insurans kenderaan versi Menu Rahmah? Ini jawapan Menteri

Oleh GEMILANGDAILY

.Kerajaan bakal perkenal pinjaman dan insurans kenderaan versi Menu Rahmah? Ini jawapan Menteri.

Kerajaan bercadang mewujudkan kemudahan pembiayaan pinjaman dan insurans kenderaan untuk golongan B40 di bawah Payung Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya akan bertemu dengan institusi perbankan dan pihak insurans bagi membincangkan inisiatif tersebut.

Kerajaan bakal perkenal pinjaman dan insurans kenderaan versi Menu Rahmah? Ini jawapan Menteri

“Ideanya sudah ada, untuk seterusnya kita akan adakan sesi libat urus. Begitu juga dengan pihak insurans, mungkin akan ada insurans kita boleh bagi kepada wanita, belia.

“Semalam saya berbincang dengan syarikat insurans, contohnya kereta terpakai yang ada risiko kerosakan besar.

“Mungkin ada insurans Rahmah yang akan kita tawarkan kepada rakyat yang tidak mampu beli kereta baharu, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka. Itulah konsep yang kita telah fikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya Mydin di bawah Payung Rahmah yang turut dihadiri Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.

Tambah Salahuddin, beliau telah berjumpa dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mendapatkan pandangan dan cadangan dalam mengadakan perbincangan dengan bank tempatan.

Menurutnya, Tengku Zafrul memberikan kerjasama yang baik demi memastikan kerajaan berjaya melaksanakan pelbagai lagi inisiatif di bawah Payung Rahmah.

“Zafrul sangat bekerjasama dan menyokong dan usahakan saya berjumpa dengan tokoh-tokoh bank supaya perbincangan dapat dilaksanakan,” ujarnya.

BACA:

“Kalau Da’i, Ustaz buat hal tahu sonyap!”, Pu Syed kena ‘sekolah’ dengan isteri pimpinan Bersatu, apa kes?

MP Pas-PN kantoi fitnah perarakan wanita adalah perarakan LGBTQ