Kerana anak, Tomok ‘shopping’ raya cecah RM6,000 sekali lain pula ceritanya

Oleh GEMILANGDAILY

Kerana anak, Tomok ‘shopping’ raya cecah RM6,000 sekali lain pula ceritanya.

Inilah jumlah ganti rugi yang terpaksa dibayar penyanyi popular,

Tomok kepada butik pakaian berjenama di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini, malam tadi apabila anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.

Kerana anak, Tomok 'shopping' raya cecah RM6,000 sekali lain pula ceritanya

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mereka ke butik itu untuk membeli seluar.

Menurut Tomok, anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.

Ia menyebabkan pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis itu selagi dia tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.

Tomok berkata, dia membayar ganti rugi itu selepas pengurusan butik memberikan diskaun.

“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,” katanya dalam satu hantaran video di Instagram, malam tadi.

Tomok berkata, dia akan menjual pakaian itu kerana saiznya terlalu besar untuk dia dan memohon orang ramai yang berminat untuk membelinya.

@tomoknewboyztolong saya guys ????????

♬ original sound – TOMOK

“Tapi saya tak jual dengan harga asal. Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi. Saya mengaku ini silap saya,” katanya.

Tomok berkata, sesiapa yang berminat untuk membeli pakaian itu boleh menghantar mesej kepadanya.

“Ujian nak raya agaknya. Insya-Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

BACA;

Ini senarai 20 bandar punyai kualiti hidup terbaik dalam dunia, Malaysia tersenarai ke?

“Isteri kalau baik takpe, ni macam iblis balik 3 pagi mabok bau arak, keluar dengan jantan”, Afiq Muiz dedah perangai sebenar isteri