Kerap berkongsi gambar dedah aurat, reaksi bekas pelajar tahfiz ini mengejutkan*

Oleh NADIA HARON

Atiq Azman mengakui khilaf dirinya apabila kerap berkongsi gambarnya mendedahkan aurat dalam laman sosial.

Bekas pelajar tahfiz berusia 24 tahun itu sedar kesilapan yang dibuatnya.

Pelakon berkenaan berterima kasih atas teguran ramai yang prihatin serta mengambil berat atas dirinya.

Kerap berkongsi gambar dedah aurat, reaksi bekas pelajar tahfiz ini mengejutkan*
Kerap berkongsi gambar dedah aurat, reaksi bekas pelajar tahfiz ini mengejutkan*

“Terima kasih kerana menegur. Apa yang boleh saya cakap, saya mengaku memang salah saya sebab tidak menjaga batas.

“Tetapi yang menjadi masalah apabila saya ditegur dengan cara salah. Walaupun tidak nampak perubahan itu, kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang itu bagaimana,” katanya.

Sejak tahun lalu, Atiq selalu sangat berkongsi foto tidak berbaju ketika melakukan rutin harian di gimnasium.

Hinggakan ada individu memberikan komen dalam ruangan Instagram milik Atiq dan menuduhnya sebagai gay.

Aktor muda yang mula dikenali menerusi drama ‘Nur’ (2018) itu pernah mendapatkan pendidikan di sebuah sekolah agama.

Dia memberitahu dirinya silap lantaran tidak memanfaatkan ilmu ditimba dengan baik.

“Walaupun saya ada latar belakang pendidikan di sekolah agama, saya mengaku salah diri ini.

“Saya ada asas dalam bidang agama, namun saya tidak guna dengan cara yang baik. Terus terang, saya minta maaf atas kesalahan itu,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Tambahnya, dia sering ditegur keluarga atas perkara sama.

Sehubungan itu, Atiq mengambil semua teguran sebagai perkara positif untuk memperbaiki kesalahan.

“Keluarga kerap tegur… Iya, salah saya.

“Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa tegur anak mereka ini.

“Saya ambil teguran itu untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan,” kata pelakon drama ‘Hawt Fellas’ terbitan TV3 itu lagi.

Baca :

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Budak terjerit pekik sangat takut depan rezeki, ‘hantu’ punya mak bapak bawa anak makan di tempat begini

Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah