‘Kita bikin kuih lapis’, lagu romantis versi parodi hiasi Ramadan tahun ini

Oleh NADIA HARON

Ketika Ramadan tahun ini, sebuah lagu Indonesia antara lain dengan lirik “kita bikin kuih lapis” tular dan menjadi latar dalam banyak ‘content’ di Malaysia.

Lirik lagu sempena berbuka puasa itu seolah-olah terngiang-ngiang walaupun menu yang disebutkan sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia:

“Kita bikin kue lapis,
bikin puding yang manis,
sambil menunggu buka,
nyalakan api,
air direbus,
berbukalah yang manis,
bukan janji manis,
sambil bikin cemilan,
mari siapkan gorengan tahu,
enak banget njay~”

'Kita bikin kuih lapis', lagu romantis versi parodi hiasi Ramadan tahun ini

Rupanya itu adalah lirik parodi bagi lagu sebenar berjudul, “Kita Bikin Romantis” naynyian Maliq & D’Essentials.

Lagu itu dengan video lirik rasmi baru dimuatnaik di YouTube hanya tiga minggu lalu.

Namun, populariti lagu yang telah digubah menjadi bertemakan berbuka puasa itu sudah meraih lebih 6.2 juta tontonan!

Menariknya, klip bagi lagu parodi itu turut sama dikongsi oleh akaun rasmi Maliq & D’Essentials iaitu penyanyi asal lagu tersebut.

Jika dalam video lirik, rata-rata komentar mengaitkan lagu itu sesuai untuk memberikan ‘vibes’ positif kepada pasangan berkahwin.

Ada juga mengaitkan hubungan ‘romantis’ dengan Yang Maha Esa memandangkan lagu ini ke udara ketika bulan Ramadan.

“Romantisan bersama Allah SWT di bulan suci Ramadhan ini menerusi solat tarawih, tadabbur al-Qur’an, lalu iktikaf…,” kata seorang penonton di YouTube dengan ribuan tanda suka.

Namun, ini pula antara komentar warga maya di Indonesia bagi klip lagu parodi yang kebanyakan dengan reaksi positif:

“Wah, bakal jadi lagu tema wajib setiap kali Ramadan tiba.

“Ramadan tahun 2024 ini kerenn dan beda banget gara-gara lagu ini, romantis sekaligus ngakak.

“Enak dan lucu bangetlah lagu ini, ada-ada aja, dapat pahala lho bang menghibur kami. Aamiin, terima kasih ya.

“Usik + nyanyian ini bakal jadi trending video ibu-ibu memasak untuk menu buka puasa sih.

“Paling suka pas di lirik berbukalah yang manis bukan janji manis,” demikian antara komentar netizen.

Baca:

Lagi suka kalau ada calar-calar, rupanya ada sebab ‘kembar’ Neelofa ini dilarang buat aktiviti lasak zaman belajar

Ingin ‘open house’ jadi mudah & tenang? Pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu

Bukan sahaja penyejuk tekak banyak lagi khasiat air kelapa untuk badan, jom amalkan!