Konflik tak berkesudahan Shuib dan Sepahtu sekali pihak pengurusan terpaksa masuk campur

Oleh GEMILANGDAILY

Konflik tak berkesudahan Shuib dan Sepahtu sekali pihak pengurusan terpaksa masuk campur.

Pihak pengurusan pelawak Shuib iaitu Indigital Music memohon maaf kerana tidak akan memberikan sebarang kenyataan berhubung hantaran yang dikeluarkan Jep beberapa hari lalu.

Menurut Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom, keputusan tersebut dibuat demi menjaga banyak perkara dan enggan memanjangkan isu berkenaan.

Konflik tak berkesudahan Shuib dan Sepahtu sekali pihak pengurusan terpaksa masuk campur

“Assalamualaikum… Selaku pengurusan kepada Shuib, Indigital Music tidak membenarkan artis kami untuk menjawab soalan media berkenaan posting Jep Sepahtu.

“Kami berasakan ada sesetengah perkara cukuplah sekadar disimpan oleh kami sendiri dan tidak perlu didedahkan kepada umum demi menjaga banyak perkara.

“Kami mengambil pendekatan untuk tidak mahu memanjangkan isu yang ditimbulkan oleh Jep Sepahtu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jep telah mengeluarkan kenyataan menerusi hantaran Instagram (IG) mengenai ketiadaan Shuib dalam program Sepahtu Reunion Live (SRL).

Hantaran tersebut dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan Shuib mengenai program tersebut kepada media sebelum ini.

BACA:

“Bakal suami tolong bungkus stok tudung untuk dijual sekali ini yang terjadi, sampai hati dia buat aku macam ni”

“Azam beritahu aku dia dah ceraikan bini dia rupa-rupanya belakang aku dia tak ceraikan pun”