Kopi RM5.74 punya pasal, hukuman dikenakan terhadap pengetua ini amat mengejutkan

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bahana enggan membayar kopi RM5.74, seorang pengetua sebuah sekolah di Jepun bukan sahaja dipecat.

Dia bahkan tidak menerima manfaat pencen kerana dakwaan mencuri minuman itu dari mesin layan diri.

Kopi bersaiz biasa di kedai berharga 110 yen (RM3.51) dan pilihan yang lebih besar berharga 180 yen (RM5.74).

Kopi RM5.74 punya pasal, hukuman dikenakan terhadap pengetua ini amat mengejutkan
Kopi RM5.74 punya pasal, hukuman dikenakan terhadap pengetua ini amat mengejutkan

Lelaki berusia 59 tahun berkenaan dilapor hanya membayar untuk kopi bersaiz biasa di mesin layan diri kedai serbaneka walaupun mengambil kopi saiz cawan besar.

Akibatnya, pengetua tersebut ditangkap di Takasago, sebuah bandar kira-kira tujuh jam pemanduan dari Tokyo.

Tangkapan itu dibuat selepas seorang pekerja melihatnya menekan butang untuk mengambil kopi bersaiz cawan besar pada 21 Disember lalu.

Bukan sahaja dipecat, lesen mengajarnya juga ditarik balik.

Malah, dia turut tidak menerima faedah pencen dianggarkan 20 juta yen (kira-kira RM637,928), lapor akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun pada 16 Februari lalu.

Siasatan dengan pegawai lembaga pendidikan di peringkat wilayah mendedahkan bahawa pengetua itu, berkata dia bertindak secara melulu dan sangat menyesal atas perbuatannya.

Dia mengakui, menukar saiz cawan kopinya tanpa membayar sebanyak tiga kali di kedai sama dan empat kali di kedai lain dengan secara keseluruhan, dia membayar kurang 490 yen (RM15.63).

Pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwanya selepas menerima laporan kes kecurian itu.

Namun, pemecatan adalah tindakan paling berat untuk mendisiplinkan penjawat awam diikuti gantung kerja, pemotongan gaji dan amaran.

Seorang pegawai Lembaga Prefektur, lapor Asahi Shimbun, membuat kesimpulan bahawa pemecatan itu wajar untuk kesalahan berulang selepas mengkaji kes terdahulu dan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun, pengkritik mempersoalkan keputusan lembaga pendidikan di peringkat wilayah susulan hukuman yang diumumkan pada 30 Januari lalu itu.

Hal ini memandangkan itu ibarat ‘hukuman mati’ untuk kesalahan yang hanya membabitkan sedikit kerugian kewangan.

Profesor di Universiti Wanita Jepun, Takashi Sakata berkata, hukuman itu tidak seimbang berat kerana kerugian dialami yang kecil.

Baca :

Siap boleh kawal dan buat pilihan dalam mimpi, tak sangka memang ada istilah untuk mimpi ini

Cuba 6 cara ini jimatkan bateri telefon, tidaklah gelabah sangat cari ‘power bank’

Punyalah majlis kahwin paling ‘angkuh’, 100 utas gelang emas jadi kalung anak saudagar