Kotak coklat isi emas berlian ke? Kotak coklat tahun 1994 ini bernilai RM108,000 tapi berat isinya tak padan dengan harga

Oleh GEMILANGDAILY

Kotak coklat isi emas berlian ke? Kotak coklat tahun 1994 ini bernilai RM108,000 tapi berat isinya tak padan dengan harga.

Kotak coklat terkenal Tom Hanks dalam filem Forrest Gump 1994 dilelong pada harga US$25,000 (RM108,719.62).

Francais Amerika, Ripley’s Believe It or Not!, membida prop terkenal itu tepat pada masanya sempena Hari Valentine pada 14 Februari, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Kotak coklat isi emas berlian ke? Kotak coklat tahun 1994 ini bernilai RM108,000 tapi berat isinya tak padan dengan harga

Kotak itu ditandatangani oleh Hanks, manakala beratnya dianggarkan sekitar 23 auns dan pernah diisi dengan empat auns pasir supaya ia tidak jatuh dari pangkuan pelakon semasa penggambaran.

Filem ini memenangi enam Anugerah Akademi pada 1995 termasuk filem terbaik, pengarah terbaik, dan pelakon terbaik untuk Hanks.

Forrest Gump [Chocolate Box GiftSet] | Bruno Reche de Araújo | Flickr

Ia mencatat kutipan US$678 juta (RM2.9 bilion) di seluruh dunia ketika tayangan awalnya.

Satu lagi barang yang diperoleh oleh Ripley ialah buku nota peribadi milik pengurus Beatles Brian Epstein.

Buku ini memaparkan alamat dan nombor telefon kumpulan itu, serta Sir Mick Jagger.

BACA;

Mengaku anak tiri Zahid Hamidi, sekali lain pula jadi bila Nurul Zahid sekolahkan buat netizen puas hati

Terpesona rupa persis pelakon bollywood? Wanita ini kongsi detik hitam kahwin lelaki warga asing