Kuning vs putih? Jom ikuti tips pilih lampu sesuai untuk dekorasi rumah

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Jika anda memperhatikan suasana di dalam rumah, tentu anda akan ingin memilih barang-barang hiasan yang berkualiti.

Hal yang sama berlaku untuk pemilihan warna lampu.

Namun, tahukah anda bahawa lampu sebenarnya mempengaruhi suhu di dalam rumah?

Kuning vs putih? Jom ikuti tips pilih lampu sesuai untuk dekorasi rumah
Kuning vs putih? Jom ikuti tips pilih lampu sesuai untuk dekorasi rumah

Menurut sains, lampu berwarna kuning akan menghasilkan haba yang lebih tinggi berbanding lampu berwarna putih.

Oleh itu, sebelum masuk ke dalam sebuah rumah, pastikan anda menganalisis fungsi setiap bilik di dalamnya agar anda dapat membuat pemilihan lampu yang sesuai, menciptakan suasana yang nyaman untuk penghuninya.

1. Ruang tamu

Bergantung kepada keselesaan tuan rumah.

Jika anda suka suasana yang lebih selesa dan nyaman di dalam rumah, pilih lampu kuning untuk menyediakan cahaya yang lembut dan menenangkan di setiap ruang.

Tetapi jika anda tidak begitu mengambil endah tentang pencahayaan dalam rumah, pemasangan lampu putih sudah mencukupi.

Tambahan pula, anda boleh menambahkan sentuhan romantis dengan menyelitkan lampu lantai atau lampu meja yang menggunakan mentol kuning di sudut tertentu.

2. Ruang makan

Ruangan makan sering diletakkan berdekatan atau bersebelahan dengan ruang tamu, jadi penting untuk memilih mentol yang serasi.

Jika ruangan makan telah dipasangi lampu berwarna putih, sama juga pasang lampu berwarna putih di ruangan makan.

Saranan saya, gunakanlah lampu hiasan seperti chandelier di ruangan makan.

Ini bertujuan untuk memberikan pencahayaan yang tertumpu kepada ruangan tersebut.

3. Bilik tidur

Kerana bilik tidur adalah tempat untuk kita berehat, cukup hias dengan lampu lantai atau lampu meja berwarna kuning.

Hindari lampu siling kerana bilik kecil.

Untuk menjimatkan dan mendapatkan cahaya yang mencukupi, pasang lampu dinding seperti yang terdapat di bilik hotel.

4. Dapur

Di dalam dapur merupakan tempat di mana pelbagai kerja dibuat.

Untuk memastikan penglihatan yang lebih jelas dan terang, disyorkan untuk memasang lampu putih di seluruh ruangan dapur.

5. Bilik air

Seperti dalam dapur, lebih selamat jika anda memasang lampu putih supaya tidak mengganggu penglihatan anda.

Semoga berguna!

Baca :

Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet

Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos

Cuba 6 cara ini jimatkan bateri telefon, tidaklah gelabah sangat cari ‘power bank’