“Kura-kura boleh lompat rupanya”, hampir ditelan buaya, gelagat kura-kura selamatkan diri mengejutkan netizen

Oleh GEMILANGDAILY

“Kura-kura boleh lompat rupanya”, hampir ditelan buaya, gelagat kura-kura selamatkan diri mengejutkan netizen. Jika sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana cara kura-kura ‘lari’,

hari ini kami akan kongsikan sebuah video bagaimana haiwan tersebut menyelamatkan diri daripada musuhnya.

Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah pengguna Twitter dimana terdapat seekor kura-kura yang ‘lari’ demi menyelamatkan diri daripada menjadi santapan buaya.

"Kura-kura boleh lompat rupanya", hampir ditelan buaya, gelagat kura-kura selamatkan diri mengejutkan netizen

Menerusi video terbabit, buaya berkenaan telah cuba menelan ‘makanannya’ itu beberapa kali namun usahanya menemui kegagalan apabila kura-kura tersebut terpelanting dan berjaya meloloskan diri.

Sesuai dengan kapsyen “not today bro”, rata-rata warga netizen terhibur dengan kenyataan tersebut di samping terkejut melihat kura-kura itu ‘berlari’.

Ternyata, ramai di antara warganet yang pertama kali melihat bagaimana cara seekor haiwan yang bercengkerang keras itu ‘berlari’ kerana sebelum ini mereka hanya melihat kura-kura bergerak santai.

nangtime.com – ‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Posting berkenaan telah mendapat perhatian warga netizen dengan mendapat sebanyak lebih 400 ribu butang suka dan lebih 20 ribu komen di ruangan tersebut.

“Buaya tu memang takde usaha nak kejar balik ke?…”

“Laju pulak kura-kura ni…”

BACA:

Pelakon cina terkenal rupanya dah masuk islam, ini keadaannya sekarang

Patutlah ramai yang tergila-gila dengan air sarang burung, asal nak beli je sold out