““Kutipan derma jihad oleh Pas merupakan arahan daripada Allah”, kata pemimpin Pas

Oleh ZULAIKHA ABBAS

““Kutipan derma jihad oleh Pas merupakan arahan daripada Allah”, kata pemimpin Pas.

Derma yang diminta oleh Pas merupakan arahan daripada Allah dan setiap umat Islam perlu mendermakan ke arah jalan Islam yang selama ini diperjuangkan oleh parti tersebut, kata Yang Dipertua Gombak Salehuddin Nasir.

YDP-Pas-Gombak-Salehudin-Nasir Beliau menerangkan mengenai hujah kutipan derma jihad yang dilancarkan oleh Pas sebenarnya selari dengan ajaran agama Islam yang mengkehendaki umatnya berkorban harta benda untuk tujuan kerja-kerja jihad.

"“Kutipan derma jihad oleh Pas merupakan arahan daripada Allah", kata pemimpin Pas

“Kutipan derma jihad oleh Pas merupakan arahan daripada Allah, adalah merupakan tarbiah dan didikan yang dibuat oleh Nabi SAW

“Bahawa tiap-tiap orang yang menyokong perjuangan Islam ini mesti menghabiskan harta bendanya untuk kerja jihad,” kata beliau semasa ceramah pelancaran jentera pilihan raya umum ke-14 DUN Gombak Setia semalam.

Salehuddin juga menyindir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya mengejek Pas sebagai parti tin milo kerana meminta derma daripada orang ramai tetapi hari ini beliau juga meminta derma untuk membantu kempen mereka.

“Walaupun kita diejek, dicemuh bahawa Pas ini parti kopiah putih bila berceramah buka kopiah minta derma… bahawa Pas ini parti sedekah, parti minta sedekah, Pas ini parti tin milo, macam-macam lah.

Ustaz Salehuddin Nasir | Perjuangan Dakwah Cyber

“Hari ini viral dalam Facebook, Dr Mahathir sendiri beri derma dalam satu majlis Pakatan Harapan, dibawa tabung plastik, saya ingat itu bekas isi gula barangkali, hulur ke Mahathir, tersengih beliau beri derma,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kewajaran bekas perdana menteri itu meminta derma daripada orang ramai walhal beliau merupakan seorang yang kaya raya dan tidak seharusnya meminta wang daripada rakyat.

“Dulu ejek, bahawa Pas ini parti kutip derma, hari ini Pakatan Harapan pun buat kutip derma walaupun mereka bilionaire, trilionaire, mereka kaya raya tapi mereka sumbat duit rakyat.

“Pas bila minta derma, bukan untuk kerja pilihan raya saja, bukan untuk calon YB sahaja, tetapi untuk Allah dan Rasul untuk kita memenangkan Islam dalam perjuangan ini,” katanya.

Baru-baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Dr Mahathir melancarkan kempen derma bagi menampung kos kempen mereka dalam pilihan raya nanti.

BACA:

“Messi. Kami sedang menunggu kamu”- Kedai isteri Messi kena serang dengan geng dadah, mesej ugutan cetus tanda tanya

Ada harta lebih 1 billion USD? Kaya betul ni! Ini rupanya pekerjaan Adi Putra kalau tiada job lakonan