Laa ingat dekat Selangor je kena sekat, sekali masjid di Terengganu pun halang kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus

Oleh GEMILANGDAILY

Laa ingat dekat Selangor je kena sekat, sekali masjid di Terengganu pun halang kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus. Ustaz selebriti terkenal tanahair,

Ustaz Azhar Idrus menerima tamparan hebat apabila dihalang daripada menyampaikan Kuliah Maghrib Jemputan malam ini

Perkara tersebut diumumkannya menerusi poster yang dimuat naik di laman rasmi FB miliknya pagi tadi.

Laa ingat dekat Selangor je kena sekat, sekali masjid di Terengganu pun halang kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus

Lebih mengejutkan, pembatalan tersebut berlaku di negeri kelahirannya sendiri, yang ketika ini ditadbir oleh kerajaan Pas, parti yang disokong semenjak aktif menyampaikan kuliah agama.

Perkongsian pengumuman pembatalan tersebut sehingga kini mendapat 10 ribu tanda suka, lebih seribu komen dan lebih 300 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat beliau melahirkan perasaa marah dengan tindakan yang dilakukan pihak masjid tersebut.

Sehingga kini, tiada makluman rasmi dibuat oleh pihak masjid tersebut. Namun ramai berpendapat perbezaan pegangan politik menjadi punca kepada tindakan tersebut.

Meskipun Pas dan UMNO bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan pusat, namun kedua-dua parti tersebut kekal berseteru di Terengganu. Malah UMNO tekad untuk bangkit merampas kerajaan Pas Terengganu pada PRU-15 nanti.

BACA:

25 tahun gajah ni jadi tunggangan pelancong akhirnya alami cacat kekal

Kereta kena ‘rembat’ di UK dijumpai di Thailand, ini 3 negara transit sebelum sampai destinasi