Lagi kes jijik kedai runcit simpan sayur dalam tandas!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Sebuah kedai runcit di kawasan perindustrian Tanjung Minyak Perdana telah didapati menyimpan sayur-sayuran yang ingin dijual di dalam tandas premis kedai tersebut.

Tindakan kedai runcit ini terbongkar selepas diserbu oleh anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Melaka baru-baru ini.

Pihak KPDN Melaka telah berkongsi keadaan kedai runcit tersebut menerusi TikTok.

Sayur-sayuran yang disimpan di dalam tandas dipercayai untuk dicuci terlebih dahulu sebelum dijual.

Dalam video berdurasi lebih empat minit itu, turut kelihatan bahawa kedai runcit tersebut gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Lagi kes jijik kedai runcit simpan sayur dalam tandas!

Difahamkan, kedai runcit tersebut dikendalikan secara usahasama oleh warga asing dan individu tempatan.

Lebih mengejutkan, najis tikus juga ditemui di bawah peti sejuk di dalam kedai tersebut, lapor Harian Metro.

BACA: Netizen samakan situasi Fattah Amin sama dengan Johnny Depp