Lagi kes kecuaian jururawat, bayi 2 bulan terjatuh alami pendarahan dalam kepala dan tulang kepala retak

Oleh GEMILANGDAILY

Lagi kes kecuaian jururawat, bayi 2 bulan terjatuh alami pendarahan dalam kepala dan tulang kepala retak

SEJAK kebelakangan ini, banyak dakwaan kes kecuaian pihak hospital yang didedahkan menerusi media sosial.

Terbaharu, seorang bayi berusia dua bulan dipercayai mengalami pendarahan di bahagian otak dan retak tulang kepala belah kiri disyaki akibat kecuaian jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Lagi kes kecuaian jururawat, bayi 2 bulan terjatuh alami pendarahan dalam kepala dan tulang kepala retak

Perkara itu dikongsikan di laman TikTok @azie864 pada Rabu yang mendakwa seorang jururawat di hospital berlaku cuai sehingga menyebabkan bayinya terjatuh ketika ini dimasukkan ke hospital.

Berdasarkan ruangan kapsyen, wanita tersebut memberitahu, anaknya, Mohd Afiq Firdaus dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditahan di wad.

Namun selepas dua bulan berada di bawah jagaan hospital, luluh hati ibu tersebut apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan tentang keadaan anak mereka.

Mereka suami isteri kemudiannya bertindak segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis bagi menuntut bela atas kecederaan yang menimpa bayi berkenaan.

“Pada 16 Julai lalu, pukul 11.30 malam, ibu dikejutkan oleh pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.

“Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya demi anak ibu yang baru membesar. Ibu tunggu kepulangan anak ibu selama dua bulan 10 hari di wad, hari-hari ibu doa supaya anak ibu cepat sihat dan membesar dengan sihatnya, tapi nurse yang cuai buat kerja, terjatuhkan anak ibu macam itu saja.

“Dah dijatuhkan tapi tak mahu munculkan diri untuk berjumpa ibu,” jelasnya.

@azie864Smlm 18hb7 ibu dn papa dtg melwt bby Afiq, dgn ati xsabar nk thu perkembangan bby ibu, sampi je satu doctor yg merawat ank ibu xde di situ, yg ada doctor biasa kata nye xthu apa2 hal perkembangan bby ibu, tipu sgt dah ddk di stu xthu perkembangan ank ibu mcm mne keadaan bby ibu, kdg doctor2 ni bgi jawapan yg x msuk di akil fikiran, dn semua nurse dkt stu tgk kami suami isteri se mcm saje.. Mcm xde jdi apa2 dkt bby kami, pdhal yg buat ank ibu jdi x sht nurse yg bertugas dkt stu, ye saya thu, saya suami isteri org biasa2 tpi jgn lh buat endah tak endah bend ni, xkn nk ttp mcm tu je psl bby saya jatuh.. Satu berita pn saya suami isteri xdpt thu mcm mne skrg, bby saya dh jatuh kot, nurse yg jatuh kn lasung xnpk batang idung, bend ni klu jdi kat hali kelurga kau, apa kau rase, apa hali kelurga kau rase, tipu klu xde rase marah dgn kecewa bila nurse yg buat lps tangan mcm tu je.. Sekurgnye awk dtg lah jmpe kami, ????. Kami bkn nk mtk awk melutut di kaki kami, awk dh musnahkan harap bby saya yg dh berjuawang dri lahir dgn berat bdn 900gm nk dpt kn baru 1.52kg awk dh musnahkan semua tu.. Pehak hospital jgn lh buat bodoh saje. . Harap je semua pelajar tinggi tpi xbrani kedpn.. Dah baling batu sebunyi kn tanggan di belakang.. Semoga Allah kuatkn ank ibu mohd Afiq Firdaus..

♬ bunyi asal – user6807232312420

Lebih mengeruhkan keadaan, pihak hospital didakwa enggan bertanggungjawab dan seolah-olah tidak mempedulikan keadaan anaknya itu.

Malah, jururawat-jururawat yang berada di situ juga difahamkan menunjukkan reaksi seakan-akan tidak berpuas hati dengan mereka suami isteri.

“Semalam (Selasa) ibu dan papa datang melawat baby Afiq, dengan hati tidak sabar nak tahu perkembangan baby ibu, sampai sahaja di situ, doktor yang merawat anak ibu tiada di situ.

“Yang ada doktor biasa, katanya tak tahu apa-apa hal perkembangan anak ibu. Kadang-kadang doktor bagi jawapan yang tak masuk akal.

“Semua nurse di situ tengok kami suami isteri semacam saja. macam tidak ada apa-apa yang terjadi pada anak kami sedangkan nurse yang bertugas di situ yang buat anak ibu jadi tak sihat,” luahnya.

Katanya, dia masih belum mendapat sebarang perkhabaran daripada pihak hospital mengenai keadaan terkini bayinya, termasuk ucapan maaf daripada jururawat tidak bertanggungjawab itu.

“Sekurangnya awak datanglah jumpa kami, kami bukan nak minta awak melutut di kaki kami, awak dah musnahkan harapan baby saya yang dah berjuang dari lahir dengan berat badan 900 gram (g), (sekarang) baru (naik) 1.52 kilogram (kg), awak dah musnahkan semua itu.

 

Mohd Afiq Firdaus dilahirkan secara pramatang di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

“Pihak hospital janganlah buat bodoh saja, harap saja semua pelajar tinggi tapi tidak berani ke hadapan,” kongsinya tanpa mendedahkan nama hospital berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan meneliti jumlah kes aduan berhubung kecuaian pihak hospital agar dapat melakukan siasatan menyeluruh.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, setakat ini, kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil.

“Kita ada menerima beberapa aduan kes kecuaian pihak hospital, tetapi rasanya lebih tertumpu di media sosial.

“Pada peringkat kementerian segala aduan yang kita terima akan dibuat siasatan secara dalaman terlebih dahulu bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dibuat,” katanya ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Tahun 2023 pada Khamis.

BACa: Ramai hadiri Himpunan Daulat Tuanku, pertahan institusi diraja lepas solat jumaat