“Laki aku miang nak kahwin dengan janda anak 1, sekali aku tunjuk 2 benda ni terus laki aku teriak minta ampun”

Oleh GEMILANGDAILY

“Laki aku miang nak kahwin dengan janda anak 1, sekali aku tunjuk 2 benda ni terus laki aku teriak minta ampun”

Tular harini dari laman FB Kisah Rumah Tangga, niat si suami untuk menikahi janda terbantut selepas pertemuan sesama mereka di sebuah restoran.

Pengadu berkongsi kisah bilamana si janda menghubunginya untuk meminta izin untuk bernikah dengan suami pengadu.

"Laki aku miang nak kahwin dengan janda anak 1, sekali aku tunjuk 2 benda ni terus laki aku teriak minta ampun"

Selepas berfikir selama 3 hari, mereka berjumpa dan akhirnya si suami dan janda tersebut membatalkan niat mereka selepas ‘dibasuh’ dengan sangat hebat oleh pengadu.

Salam KRT Min saja nak luah ni. Suami aku cvrang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani call dan wAsap aku untuk izinkan suami nikah lagi. So tanya suami, die cakap ye. Dia nak nikah. Aku cakap bagi aku mase 3 hari untuk bersedia.

3 hari lepas tu, aku jumpe perempuan tu same2 dengan laki aku. Duduk semeja kat restoren mahal kalau 3 orang makan mau dekat rm200 kot aku rasa. Laki aku ingat nak suai kenal agaknye, sengih2 bukan main amboi amboi gatal miang ko ye jantan bukan main lagi.

Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pinggan letak ketepi aku tanya perempuan tu, sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami.

Dia angguk2 senyum simpul naahaiii amboi suka hang nak amik laki kami, aku bawak keluar slip gaji laki aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal rm800. Aku bawak keluar pulak geran keta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motor pun atas nama aku aih. Laki aku takdak kereta apa pun.

Aku cakap agak2 ampa gaji rm800 ampa dapat apa? Tak payah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang muhong aih. Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah memang kami bagi penerajang dua2.

Bulan2 nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja bagi kami pun takat rm100, 200 itu pun mintak semula tapi kot ampa redha dapat rm10 ja tiap bulan ikutlah.

La ni ampa duk dua nah, pikir baik2 dulu nak kawin lagi ka takmao nih kami baru bukak pasal zahir, batin kami tak bgtau lagi kot 2 minit ka tahan, sebulan sekali ja mampu tu ampa tak tau lagi. Pikir elok2 nah, ni yang kami makan, ampa bayar.

Nak balik ampa cari grab pasal kat luaq tu keta kami punya, ampa biasakan dari sekarang naik grab ka jalan kaki ka merangkak ka nahh. Semoga berjaya aku kata ka depa dua, puas hati aku tengok laki aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua dua macam ayam tercekik jagung seketoi.

Aku balik tidur, esok bangun2 laki aku cakap dah tak jadi nikah, dia mintak maaf teriak laa dia mintak ampun mintak nyawa tobat sampai syurga kata dia. Baru ada akai. Perempuan tu pun duk wasap cakap tak sanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf puihh la hang.

Aku cakap kat laki aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu dapur toilet silap2 aku buat profile picture FB wsap semua baru padan muka hang.

Perkongsian dari pengadu ini mendapat reaksi hangat dari pembaca. Lihat antara komen yang mendapat respon tertinggi :

Eli –Selalu jumpe bini ngadu tanya nk buat apa bile laki simpan pompuan lain. Kite pulak rase geram dengan kebengapan si pengadu.. ????

Haaa yang ni tak tanya dah apa nk buat, pengadu dah ada solution sendiri. Tahniah.!!! Kita suka.. moga boleh bagi inspirasi yang bini2 yang lain.. ???????????? tahniah tahniah lagi..!!!!

Firdaus Syakirin –Dia tak jadi nikah bukan sebab gaji dia rendah, kereta motor rumah semua nama awak, tapi sebab sebulan sekali, dan 2 minit ja dalam sekali tu…

Sebab tu tak jadi. Sadis dan tragis sungguh kau bang. Merenyam macam bleh tahan sejam. Tengok2 sama macam Maggi ja bang. 2 minit…

Rogayah Ahmad –Baca macam lawak, tapi saya kagum dengan cara puan tangani masalah laki gatai nak nikah lain ni, hakikatnya laki tu memang tak mampu. Boleh dipraktikkan ni. Ala2 pun saya doakan rumahtangga puan aman dan damai kembali. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin

Malu Rima Malu –Tudiaaaaa.. Jarang kita jumpa isteri yang bijak macam ni. Kepada puan punya cerita. Tolong add pakcik.

Pakcik nak kawan dengan ko kat fb…???? haaa baru ada akaii laki hang, nak bini baru tapi taksedar diri takmampu. Jantan macam ni bungkus buat nasi lemak lgi baguihhh… ????????

Noranitakan Hamidin –Saya kagum puan tapi lepas apa terjadi dalam hati seorang perempuan mesti mata berkaca yang tak mampu nak kluarkan apa2 perkataan mahupn airmata. Sesungguhnya madu itu sakit???????????? apa lagi kecvrangan. Semoga puan mendapat rahmat dari tuhan.

Semoga puan kuat demi anak2. Kalau perlukan kawan saya ada untuk puan❤️

Rizal Rodzuan –Tahniah sis kerana bertindak bijak. Cuma lepas ni tolong jangan tanggung suami tu, baru dapat kelebihan isteri bagi tu ni dah kelabu mata nak kahwin lain.

Jangan bagi dia pakai harta puan, jangan bagi sesen pun duit puan kat dia sebaliknya suruh dia jlnkan tanggungjawab suami seperti mana dia nak tanggung janda tu dan mungkin dah banyak spend duit kat janda tu. Sekali lagi tahniah puan.

Nina Khairina –Belum pernah lagi saya tgk DP gambar slip gaji. Tiba2 je saya teringin nk tgk.. Hahahaha.. Terbaik lah idea akak. Tahniah lah kak sebab dapat tangani gejala soS1AL suami sendiri. Rasanya tindakan paling terbaik setakat ni. Bravoooo kak

BACA:

“Bila dia tahu boleh kena penjara dan sebat kalau sabit kesalahan, nangis terduduk laki aku dikaki ku”

Bagaimana orang kaya lari dari membayar cukai, ini taktik licik yang mereka guna