Lama menyepi, rupanya dah 5 tahun Zaibo meninggal, ini penyakit yang dia rahsiakan sampai tiada siapa tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Lama menyepi, rupanya dah 5 tahun Zaibo meninggal, ini penyakit yang dia rahsiakan sampai tiada siapa tahu

Sekitar jam 1.05 petang tadi, pelakon dan pelawak, Zaibo telah menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Berita tersebut disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.

Zaibo meninggal dunia, ini penyakit yang dihadapinya ramai tak tahu

“Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya,” ujarnya ringkas.

“Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh.

“Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan.”

Tambah pelakon siri Spanar Jaya ini, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan,” katanya lagi.

Sudah lebih dua tahun tidak berlakon, Zaibo memohon agar semua pihak terutamanya rakan serta sahabat handai yang mengenali dapat mendoakan kesembuhan serta urusannya dipermudahkan.

Tambah Siti Hawa, 52, jenazah akan akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, hanya menyedari bahawa dia menghidap kanser tahap empat apabila dia tidak boleh menelan makanan pada Ramadan yang lalu.

Sebaik mendapatkan rawatan di hospital, doktor mengesahkan bahawa dia menghidap kanser esofagus. Selain mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang, beliau turut berusaha berubat secara tradisional.

Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

BACA:

Yasin diarah masuk ke Hospital Bahagia, bukan dah pulih ke? Tapi kenapa? Rupanya ini cerita sebenar

Ini 10 bangunan rahsia yang ramai tak tahu, yang no.5 tu bukan dekat Malaysia ye