“Lambat, Malaysia lagi cepat”, reaksi netizen lelaki kongsi pengurusan sampah Turki terlebih moden

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan sampah demi memastikan kebersihan dan keselesaan

Bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga bagi pelancong yang datang berkunjung.

Perbezaan ini bukan hanya melibatkan sistem yang digunakan, tetapi juga teknologi dan kaedah yang diaplikasikan.

Tong sampah di Turki ‘terlalu moden’

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @awangdapur, berkongsi video menarik yang memaparkan cara pengurusan tong sampah ‘moden’ di Turki.

"Lambat, Malaysia lagi cepat", reaksi netizen lelaki kongsi pengurusan sampah Turki terlebih moden

Video ini telah menarik perhatian ramai dan menunjukkan perbezaan ketara antara pengurusan sampah di Turki dengan Malaysia.

Dalam video tersebut, tong sampah di Turki diperbuat daripada besi dan dilengkapi dengan sistem yang canggih.

@awangdapur♬ original sound – Awang

Lori sampah di sana mempunyai teknologi yang membolehkan tong besi tersebut diangkat secara automatik dan dimasukkan terus ke dalam lori tanpa perlu pekerja mengangkatnya secara manual.

Sampah yang berada dalam tong besi yang tertanam dalam tanah kemudian dipindahkan ke dalam lori sampah sebelum dilupuskan. Pekerja pembersihan hanya memantau proses ini dengan bantuan teknologi.

Reaksi netizen Malaysia

Apabila video tersebut dikongsi, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi, terutamanya dari netizen Malaysia. Ada yang menganggap bahawa pengurusan sampah di Malaysia lebih baik berbanding di Turki, walaupun teknologi di Turki kelihatan lebih canggih.

Namun, ramai yang menyatakan bahawa proses pengumpulan sampah di Turki kelihatan lambat dan agak rumit. Netizen Malaysia pula lebih menghargai sistem pengurusan sampah tempatan yang dianggap lebih praktikal, mesra alam, dan efisien.

Antara komen-komen dari netizen Malaysia termasuklah:

“Lama betul nak tunggu siap. Rasa nak tolong tolak je tong tu masuk dalam lori.”

“Kalau lori sampah Malaysia dah habis satu lorong.”

“Nampak canggih, tapi menyusahkan.”

“Complicated, sampah keluar berterbangan dengan air menitik-nitik.”

“Tak efisien. Time tabur atas lori tu, ada sisa-sisa terjatuh.”

“Lambat. Malaysia buat kerja lagi cepat.”

Ini menunjukkan bahawa walaupun teknologi di Turki lebih moden, kecekapan sistem tempatan tetap menjadi keutamaan bagi ramai netizen di Malaysia.

BACA: Epal cepat lebam ? Cuba tip ini, buah jadi cantik untuk dihidang