Lelaki buat kerja gila letak iphone dalam freezer, ini yang jadi selepas itu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Menurut lelaki dikenali sebagai Hakimi, dia pada asalnya berniat untuk meletakkan iPhone XS ke dalam peti sejuk beku kerana mahu menghilangkan haba telefon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Aspek penjagaan telefon perlulah dititik beratkan oleh golongan masyarakat sekiranya mahu peranti itu tahan dalam masa yang lama.

Lelaki buat kerja gila letak iphone dalam freezer, ini yang jadi selepas itu

Antara masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai melibatkan telefon bimbit adalah panas atau overheating. Perkara tersebut boleh berlaku disebabkan penggunaan gajet secara kerap atau data yang disimpan terlalu ‘berat’.

iPhone XS Beku Lepas Ditinggalkan Dalam Freezer
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ahmxdhakimi_), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hakimi berkongsi kisah telefon model iPhone XS miliknya menjadi beku.

Pada awalnya, Hakimi berkata dia membuat keputusan untuk meletakkan telefon buat sementara waktu ke dalam bahagian sejuk beku pada peti ais kerana mahu menghilangkan haba akibat ‘overheating’.

Namun lain pula yang jadi apabila telefonnya bertukar beku selepas Hakimi terlupa tentang keberadaan gajetnya itu. Jelas Hakimi, dia telah mencari telefonnya dalam tempoh masa 2 jam sebelum menyedari ia telah sejuk dan membeku.

Aku pergi main game Mobile Legend sampai 2 jam. Cari (telefon) sekeliling rumah tak jumpa, lepas itu baru ingat ada dalam freezer.

Telefon Hakimi Masih Befungsi

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh Hakimi, lelaki itu menjelaskan bahawa telefon miliknya berada dalam keadaan baik dan masih berfungsi seperti sedia kala.

Perkara yang boleh disimpulkan oleh Hakimi di penghujung perkongsian adalah model iPhone XS sememangnya sebuah telefon yang tahan lasak.

iPhone XS ni memang tahan la. Jatuh pun elok, beku pun elok.

Netizen Terhibur Dengan Aksi Hakimi Bekukan Telefon
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi spontan Hakimi yang membekukan telefon miliknya.

“Aku paling-paling letak dalam chiller je, kau sampai freezer ya,” ujar seorang wanita.

Ada juga individu dilihat berjenaka dengan Hakimi yang telah membekukan telefonnya tanpa sengaja.

“Kalau dah sejuk sangat tu bang, masuk (telefon) dalam oven,” kata seorang netizen.

Sementara itu, seorang pengguna laman TikTok sempat berkongsi tips yang boleh dicuba oleh orang ramai untuk menyejukkan telefon panas dengan cara mudah.

“Telefon panas letak je dekat lantai marmar. Lantai yang berjubin marmar sifatnya menyerap haba. Letak telefon panas atas lantai sekejap je sejuk balik,” jelas seorang warganet.

Baca juga: Wanita sangsi anak siapa dalam kandungan, isteri staf hospital mengaku berzina dengan rakan sekerja suami