Lelaki kantoi letak paku di kasut sebab nak bocorkan tayar kereta di jalan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sebuah video tular menunjukkan seorang penunggang motosikal didakwa cuba membocorkan tayar kereta dengan menggunakan seliparnya di Surabaya Indonesia pada Khamis, 22 Jun lalu.

Dalam klip berkenaan, penunggang tersebut kelihatan berhenti bersebelahan dengan sebuah kereta. Kemudian, penunggang tersebut dipercayai meletakkan kasut yang dilekatkan dengan paku pada bahagian tapak di bawah tayar kereta berkenaan.

Kelakuan aneh dan mencurigakan suspek berjaya dirakam dan dimuat naik ke adalam laman Twitter dan menjadi tular di Indonesia.

Lelaki kantoi letak paku di kasut sebab nak bocorkan tayar kereta di jalan

Letak paku di kasut, cuba pancitkan tayar kereta
“Hati-hati dan waspada jika tayar kereta anda tiba-tiba bocor. Aksi seorang lelaki yang memakai selipar berpaku berjaya dirakam ketika cuba merosakkan tayar kereta.

”Apabila pemandu berhenti untuk memeriksa keadaan tayar yang boncor, lelaki itu akan meneruskan niat jahatnya.

“Banyak modus operandi, yang mana suspek memecahkan tingkap kereta dan mengambil wang ataupun barangan berharga selepas kereta tersebut berhenti,” ciap seorang pengguna Twitter.

Menurut laporan Kompas, motosikal tersebut dipercayai berasal dari Surabaya, Jawa Timur berdasarkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Penjelasan dari Polis Surabaya mengenai video penunggang motosikal yang cuba pancitkan tayar kereta
Ketua Perhubungan Awam Polis Surabaya, Haryoko Widhi memberitahu Kompas bahawa, pihaknya masih belum mendapat laporan berkenaan aksi dalam video terbabit.

“Pada masa ini, pihak kami sedang memantau berkenaan kes ini. Jika anda menjadi mangsa, sila buat laporan polis dengan segera. Namun setakat ini, masih belum ada laporan mengenainya,” sambungnya.

Sungguhpun begitu, Haryoko menjelaskan pihaknya akan tetap melakukan rondaan dan mengenalpasti suspek yang menggugat ketenteraman awam.

“Walaupun tidak dilaporkan kepada polis, pihak berkuasa tetap menjalankan pemantauan untuk mencari pelaku,” ujar Haryoko.

Beliau turut membuat kemungkinan bahawa mangsa tidak membuat laporan kerana dirinya menyangka bahawa tayarnya bocor secara tidak sengaja,

“Kemungkinan mangsa tidak mebuat laporan polis kerana menyangka tayarnya bocor,” Haryoko mengemukakan deduksinya.

BACA:“Baru sebulan bagi adik perempuan aku duduk sekali, rupanya dia buat projek dengan suami belakang aku..”