Lelaki mengamuk kena ‘sidai’ dari pukul 7am-8pm di hospital kerajaan, terus Dr Zaliha bagi respon ini

Oleh GEMILANGDAILY

Lelaki mengamuk kena ‘sidai’ dari pukul 7am-8pm di hospital kerajaan, terus Dr Zaliha bagi respon ini. Baru-baru ini tular video seorang pesakit ‘mengamuk’ kerana terpaksa menunggu lama di Pusat Jantung Hospital Serdang yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi.

Dalam klip video itu, seorang pesakit lelaki kelihatan menjerit dan memarahi petugas kesihatan di situ kerana perlu menunggu doktor sehingga berjam-jam.

Atas faktor itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam lantas membuat permohonan maaf atas kejadian terbabit.

Lelaki mengamuk kena 'sidai' dari pukul 7am-8pm di hospital kerajaan, terus Dr Zaliha bagi respon ini

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ketika kejadian, berlaku sedikit salah faham yang menyebabkan pesakit ‘mengamuk’ kerana perlu menunggu lama untuk bertemu doktor.

Beliau berkata, kehadiran pesakit yang ramai juga menyebabkan waktu menunggu yang panjang.

“Saya difahamkan ada salah faham, kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan sedang menggunakan telefon untuk menguruskan temu janji pesakit.

“Kehadiran kes yang ramai menyebabkan waktu menunggu yang panjang. Kes terbabit juga adalah ulangan janji temu.

“Pemeriksaan untuk pesakit jantung harus dilakukan dengan teliti juga mengambil masa rawatan yang lebih panjang bagi setiap seorang pesakit,” katanya.

@bisma_ali05 Gaduh at Hospital Serdang, bhg Jantung, dari pukul 8 pagi sampai 7 petang, very bad service???? #fyp #tiktokviral ♬ original sound – Bisma Ali

Pada masa sama, beliau mengharapkan agar orang ramai ada rasa empati terhadap petugas kesihatan yang bekerja keras tanpa henti untuk membantu dan memberi perkhidmatan terbaik.

Difahamkan, Pusat Jantung Hospital Serdang mula beroperasi pada 12 Disember tahun lalu dengan objektif utamanya mengurangkan separuh masa menunggu bagi rawatan jantung.

Pusat jantung yang dilengkapi peralatan terkini itu akan mengurangkan separuh masa menunggu rawatan angiogram dari 18 bulan kepada sembilan bulan untuk kes elektif yang stabil, manakala kes kecemasan tetap diberikan rawatan serta-merta.

Pusat jantung membabitkan kos RM546 juta itu dibina dengan satu blok kardiologi lapan tingkat yang mampu menempatkan 262 katil, serta satu blok tempat letak kereta sembilan tingkat yang memiliki 536 petak parkir.

BACA:

“Dia buli saya, hina saya, kata-katanya tergiang-ngiang di telinga,” punca bos ditikam hingga mati oleh pekerja

Hati-hati guys! 5 tahun penjara jika miliki vape dan rokok eletrik di Thailand