Lelaki strok luluh hati tengok isteri anggota polis ditangkap khalwat dengan rakan sekerja

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Baru-baru ini, dua polis berpangkat Sarjan Mejar dan Koperal telah ditangkap kerana khalwat pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Serbuan itu berlaku selepas suami kepada wanita tersebut membuat aduan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana syak isterinya dan lelaki tersebut bersekedudukan.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, menyatakan bahawa kedua-dua yang ditahan berusia 37 tahun dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Lelaki strok luluh hati tengok isteri anggota polis ditangkap khalwat dengan rakan sekerja
Lelaki strok luluh hati tengok isteri anggota polis ditangkap khalwat dengan rakan sekerja

Difahamkan, Polis Pulau Pinang telah mengarahkan kedua-dua anggota tersebut dipindahkan ke jawatan lain serta merta dan juga dikenakan tindakan disiplin.

Melalui media sosial, laporan berita mengenai kedua-dua anggota ini telah menimbulkan kritikan daripada ramai pengguna Internet yang mempersoalkan keputusan yang diambil yang dianggap kurang tegas.

Ramai yang merasakan bahawa tindakan seperti itu tidak akan membuat kedua-dua individu itu sedar akan kesilapan mereka, dan kebanyakan mereka berpendapat bahawa anggota polis yang terlibat seharusnya dipecat dengan segera.

Sebelum ini, suami wanita tersebut yang mengalami angin ahmar turut berada di tempat kejadian ketika serbuan berlaku dan kedua-dua anggota yang terlibat telah ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.

Baca :

“Jangan nak menyund*l kat set” – Nabila huda nak ‘ganyang’ pelakon baru mengada tersuka suami orang

‘Port’ baik untuk OOTD raya di sekitar Lembah Klang bagi anak perantau yang tak pulang ke kampung

Awas jika terkena sengatan obor-obor, boleh cuci guna air suam suhu 40 darjah Celsius