Lelaki tinggal di bawah tangga tersembunyi di ‘Shopping Mall’ tanpa kantoi selama 6 bulan

Oleh GEMILANGDAILY

Seorang lelaki di Shanghai, China baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet seluruh dunia

Apabila dia kantoi tinggal di bawah tangga di sebuah pusat beli belah negara itu selama enam bulan.

Memetik laporan Metro UK, lelaki berkenaan telah meletakkan sebuah khemah, meja, komputer, dan kerusi di kawasan bawah tangga berkenaan.

Lelaki tinggal di bawah tangga tersembunyi di 'Shopping Mall' tanpa kantoi selama 6 bulan

Difahamkan, tangga tersebut terletak di kawasan yang agak tersembunyi di dalam pusat beli belah itu, sebab itu dia hanya kantoi tinggal di situ tanpa kebenaran selepas enam bulan.

Kehadirannya di bawah tangga itu difahamkan telah disedari oleh pengawal keselamatan pusat beli belah itu.

Namun, pada ketika itu pengawal tersebut membiarkannya tinggal di situ kerana kesian apabila lelaki tersebut mengatakan dia tinggal di situ kerana memerlukan ruang sunyi untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.

Ini kerana dia mengatakan dia berjanji akan segera meninggalkan tempat itu selepas peperiksaannya tamat.

Dia juga difahamkan telah mengecas komputer ribanya dan telefon bimbit dengan menggunakan soket elektrik yang disediakan di sekitar pusat beli belah itu.

Namun, pada 30 Oktober lalu, seorang lagi pengawal keselamatan pusat beli belah itu pula ternampak kewujudannya di bawah tangga itu dan dia telah menahan lelaki itu kerana tinggal di situ secara haram.

Ada netizen negara itu yang menyifatkan tindakan lelaki ini persis seperti dalam filem Korea, Parasite.

BACA: ‘Tiap kali subuh aku mimpi ex datang. nangis merayu pada aku dan suami’