Lelaki yang pernah menggemparkan seluruh negara, ini kehidupan Mat Komando sebelum jadi perompak paling power dalam negara

Oleh GEMILANGDAILY

Lelaki yang pernah menggemparkan seluruh negara, ini kehidupan Mat Komando sebelum jadi perompak paling power dalam negara.

Satu kisah jenayah yang pernah menggemparkan satu Malaysia sekitar tahun 2002 dahulu kerana penjenayah ini dipercayai mempunyai ilmu kebal dan juga ilmu selisih.

Mat Komando, atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad yang berasal dari Kampung Selengkoh, Yan, Kedah, merupakan penjenayah berani mati yang berjaya meloloskan diri beberapa kali daripada pihak polis.

Lelaki yang pernah menggemparkan seluruh negara, ini kehidupan Mat Komando sebelum jadi perompak paling power dalam negara

Tapi betul ke Mat Komando ni ada ilmu kebal dan ilmu selisih yang membuatkan dia sangat sukar ditumpaskan ketika itu? Bagaimanapun, pihak polis telah memakan masa selama 255 hari untuk menumpaskan Mat Komando ni, dan ini telah menunjukkan betapa susahnya nak menjejaki dia ni.

Kehidupan Sebelum Menjadi Perompak

Sebenarnya Mat Komando ni menurut orang kampung dan juga keluarga yang mengenalinya, dia merupakan seorang lelaki yang baik dan sukar sekali untuk bertindak ganas atau terlibat dengan keganasan.

Pekerjaan pertamanya juga adalah dalam bidang pertahanan negara, iaitu dia pernah menjadi askar komando Malaysia selama 2 tahun sebelum berhenti tanpa alasan yang kukuh. Jadi dari sini jugalah dia mendapat gelaran ‘Mat Komando’ tu. Walaupun hanya berkhidmat selama dua tahun, dia dikatakan cukup terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan.

Selepas berhenti daripada perkhidmatan ketenteraan, Mat Komando pulang ke kampung dan buat kerja-kerja buruh untuk tampung kehidupannya dengan keluarganya. Dikatakan dia pernah bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, dan juga pemandu bas. Mungkin terdapat sedikit masalah keluarga dan tekanan hidup, akhirnya Mat Komando membuat keputusan untuk menjerumuskan diri ke kancah jenayah.

Menubuhkan Kumpulan 13

Langkah pertama Mat Komando sebelum memulakan aktiviti jenayah adalah dengan menubuhkan Kumpulan 13. Kumpulan ini dikatakan telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan.

Rompakan pertama Kumpulan 13 ini adalah di sebuah ladang kelapa sawit dimana seorang tauke kelapa sawit dipercayai menyimpan duit hasil ladang di situ. Memang agak bijak juga Mat Komando ni bila dia pilih easy target dulu untuk rompakan pertama.

Selepas itu, dikatakan lebih kurang 52 rompakan bersenjata Mat Komando dan kumpulannya berjaya lakukan di seluruh negara.

Hasil rompakan mereka dikatakan mencecah 2.5 juta ringgit di antara tahun 2001 sehingga tertumpasnya Mat Komando pada tahun 2002. Mat Komando juga dikatakan telah merompak Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pejabat Pos, dimana ketika itu tiada penjenayah lain yang berani berbuat demikian.

Baca juga: Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri

Dipercayai Mengamalkan Ilmu Kebal Dan Ilmu Selisih

Mat Komando dikatakan pernah memberitahu ahli keluarganya serta rakan yang mengenalinya bahawa dia lebih rela mati daripada ditangkap oleh pihak polis. Semua ini adalah selepas isterinya, Faridah Mat Piah dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar agar dia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Memang betul-betul keras hati tak nak menyerah walaupun dipujuk oleh isteri sendiri. Pada tahun 2001, pihak polis telah melancarkan Operasi Api Sawit (Operation Palm Fire) dengan objektif menangkap Kumpulan 13 itu.

Pada waktu itu, pihak media memainkan peranan penting dengan menyebarkan maklumat dan rupa sebenar kesemua ahli Kumpulan 13 ini.

Memang boleh dikatakan agak pelik juga Kumpulan 13 ini sebab melakukan rompakan dengan tidak mengenakan sebarang topeng muka sehingga pihak media dapat tularkan wajah penjenayah-penjenayah ini ke seluruh Malaysia.

Mat Komando dan konco-konconya dikatakan pernah sekali bercuti di sebuah resort ternama di Kedah. Semasa di situ, Mat Komando dikatakan hampir-hampir ditangkap. Identiti Mat Komando disedari oleh seorang receptionist di situ selepas dia menyerahkan kad pengenalannya untuk tujuan pendaftaran.

Nasib baik jugalah receptionist tu jenis tengok berita, maka dia pun maklumkan keberadaan Mat Komando di resort tersebut kepada pihak polis. Tanpa membuang masa, pihak polis terus menyerbu resort tersebut dan berlakulah satu kejadian tembak menembak antara mereka.

Hasilnya, beberapa ahli Kumpulan 13 berjaya dibunuh dan ditangkap. Tetapi malangnya Mat Komando berjaya meloloskan diri bersama dengan orang kanannya, Shukri Husain. Selepas insiden tersebut, pencarian selama 10 hari terpaksa dibatalkan selepas polis gagal mencari Mat Komando. Maka, Operasi Api Sawit dilanjutkan sehingga 255 hari.

Ketika pihak polis melakukan buruan, Mat Komando dipercayai menggunakan beberapa taktik penyamaran untuk elak daripada dikesan termasuklah muncul berjanggut atau jambang ala Taliban, serta botak licin.

Selepas operasi mengesannya diberhentikan, kelibat Mat Komando seakan-akan lenyap dari radar pihak polis. Lepas enam bulan kemudian, Mat Komando muncul semula di Gemas, Negeri Sembilan. Tapi itu pun dikatakan Mat Komando berjaya meloloskan diri sekali lagi.

Dari sinilah munculnya cerita bahawa Mat Komando ni mempunyai ilmu kebal dan juga ilmu selisih untuk dia melarikan diri daripada pihak polis, termasuk gagal dikesan anjing pengesan polis.

Tumpasnya Mat Komando Selepas 255 Hari

Pada 12 September 2002, bunyi dentuman berdas-das tembakan senjata api kedengaran di Felcra Kampung hujung Ketun di Kedah.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 pagi dimana kebanyakkan penduduk kampung baru bangun untuk menunaikan solat subuh, manakala pelajar sekolah sedang bersiap-siap untuk ke sekolah. Ada penduduk kampung yang menyangka bunyi tembakan tersebut adalah bunyi tembakan senapang orang kampung menembak musang yang mencuri ayam ternakan.

Penduduk tidak menyangka bahawa ia merupakan bunyi tembakan daripada satu operasi besar dan penting bagi pihak polis, iaitu Operasi Api Sawit 2.

Hal ini kerana mereka mendapat khabar angin yang mengatakan bahawa Mat Komando telah berjaya menyusup keluar daripada negara ini ketika itu. Serbuan 10 anggota polis pada pagi itu sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah paling dikehendaki ketika itu.

Sebanyak sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap, manakala empat termasuk ketuanya, Mat Komando, mati ketika berbalas tembakan dengan polis.

Ada cerita yang mengatakan kekebalan Mat Komando terlucut ketika itu kerana telah melanggar pantang larang ilmunya, iaitu kedua-dua kakinya tidak berpijak di atas tanah. Tapi itu mungkin hanya kisah-kisah sensasi sahaja.

Masih Sempat Berbakti Terhadap Keluarganya

Seperti yang dikatakan tadi, Mat Komando memang tidak dipercayai oleh rakan-rakannya serta keluarganya bahawa dia terlibat dengan jenayah ganas kerana dia jarang bercakap atau menunjukkan reaksi keras. Satu sifat Mat Komando yang dipuji oleh mereka adalah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara-maranya walaupun nilainya hanyalah sedikit.

Mat Komando juga dikatakan ada menggunakan wang hasil rompakannya untuk menambah ruang rumahnya dan membeli motosikal.

Dia juga sempat menyiapkan rumah baharu untuk kediaman isterinya dan anak tunggalnya berusia 10 tahun yang dikatakan cacat pendengaran. Menurut saudaranya lagi, Mat Komando tidak menayangkan kemewahannya serta kerap melawat saudara-maranya setiap kali balik ke kampung atau menziarahi keluarganya yang sakit.

Walaupun niat Mat Komando hanya untuk memberi yang terbaik buat keluarganya, caranya tetap salah dan ia turut diakui sendiri oleh isterinya.

BACA:

Syamsul nekad enggan ceraikan Puteri Sarah depan hakim

Bakal pak mertua tiba-tiba ‘flying kick’ pengantin lelaki depan tok kadi, dah kenapa pula?