Lembik lutut kalau terserempak depan-depan, tak tau nak lari ke nak pengsan’ – Ramai terkejut lihat saiz ‘King Cobra’ ini

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Rata-rata warganet terkejut termasuk memberitahu lembik lutut jika terserempak dengan ular tedung selar atau ‘King Cobra’ sepanjang hampir empat meter.

Reaksi itu muncul apabila tular gambar anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam berjaya menangkap ‘King Cobra’ di kebun getah berhampiran Pejabat Felda Bukit Tangga.

Dilaporkan, pihak bomba mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap ular itu pada pagi 29 Februari lalu.

Lembik lutut kalau terserempak depan-depan, tak tau nak lari ke nak pengsan' - Ramai terkejut lihat saiz 'King Cobra' ini
Lembik lutut kalau terserempak depan-depan, tak tau nak lari ke nak pengsan’ – Ramai terkejut lihat saiz ‘King Cobra’ ini

“Anggota kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular berkenaan yang ketika itu mengembang kepalanya dan berada di celah batu.

“Bagaimanapun dengan kepakaran dan kemahiran yang ada, anggota kami berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas,” kata Ketua BBP Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf.

Tambahnya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 12.34 tengah hari, lapor Sinar Harian.

“Kes ni di kampung saya di Felda Bukit Tangga. Di kampung saya, hutan dah mula dibersihkan. Paya dah mula ditimbus, dinaikkan bangunan. Jadi, habitat dia dah hilang, mulalah keluar ke kebun dan rumah.

Allahurabbi! Besarnya. Kalau jumpa ni memang pengsan dulu baru pikir nak lari.

Baru ni tengah rehat-rehat depan reban ayam di rumah, tiba-tiba dengar kat tanah sebelah bunyi daun kering. Ingatkan tupai sebab selalu tupai main atas tanah… sekali tengok ‘king cobra’ saiz kecik sikit pada ni,” demikian antara reaksi warga maya.

Untuk rekod, nama saintifik tedung selar atau King cobra ialah Ophiophagus hannah.

Ular ini jenis berbisa dengan tahap bahaya berpotensi untuk membunuh manusia.

Walaupun ketika kecil mempunyai corak dan berwarna hitam, ia akan turut pudar dan menghilang sejajar usianya yang meningkat.

Tedung selar adalah ular berbisa terpanjang di dunia dan mempunyai penglihatan yang sangat baik.

Ular ini membuat sarang menggunakan dedaunan kering dan menjaga sarang.

Jika ada petua mengatakan ular takut buluh tetapi tidak bagi tedung selar.

Binatang liar itu tidak takut buluh malah membuat sarang di buluh.

Spesies ini juga dikenali cekap berenang dan kadangkala boleh dijumpai naik ke atas pokok.

Ketika kecil, ‘King cobra’ sering berada di atas pokok berbanding dewasa.

Ular ini mampu mengeluarkan bunyi mendengus yang kuat apabila terancam.

Taring tedung selar pula jenis proteroglyphous yang akan mengunyah apabila berjaya mematuk mangsanya.

Baca :

Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Masak sendiri bihun sup dengan sentuhan Chinese style, lebih puas hati

Anak kacukan Melayu-Korea ini baru umur 2 tahun dah boleh berzikir, baca surah pendek