Lepas kenyang susun elok-elok, peniaga ini terharu ramai mudahkan kerja mengemas

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Satu amalan yang semakin ramai masyarakat kita lakukan semasa di kedai makan ialah susun elok-elok segala pinggan, gelas dan sisa makanan sesudah kenyang.

Ini perkongsian Uncle Dak di Facebook beliau yang meraih 20,000 tanda ‘like’ dengan rata-ratanya mengakui turut melakukan amalan yang sama:

Ada satu keluarga datang. Enam orang kesemuanya. Tapi disebabkan mereka duduk di meja luar, terpaksalah duduk asing-asing. Meja batu tak boleh nak angkat senang-senang. Berat.

Lepas kenyang susun elok-elok, peniaga ini terharu ramai mudahkan kerja mengemas
Lepas kenyang susun elok-elok, peniaga ini terharu ramai mudahkan kerja mengemas

Mereka ambil 5 ketul patin tempoyak ikan Jerantut. Terkejut juga Uncle Dak. Jarang yang ambil banyak sekaligus macam tu. Nampaknya mereka sudah kenal erti kenikmatan ikan patin sebenar.

Bab itu kira habis di situ.

Bab yang Uncle Dak nak beritahu adalah apabila pinggan dan bekas minuman yang mereka gunakan.

Mereka susun dan letak atas satu meja. Bagi peluang untuk pelanggan lain duduk lebih cepat di meja satu lagi dan juga memudahkan kerja-kerja mengemas oleh staf Uncle Dak.

Uncle Dak tidaklah pinta atau memohon agar pelanggan yang makan buat macam ini. Uncle Dak dah ada staf yang kemaskan.

Tapi Uncle Dak memang rasa terharu dan gembira ramai yang dah buat macam ini sekarang.

Sangat-sangat membantu Uncle Dak terutama pada hari ini kerana seorang staf Uncle Dak tidak dapat datang kerja kerana terlibat dengan kemalangan.

Melihatkan penampilan mereka tadi pun, Uncle Dak dah boleh agak mereka adalah orang yang agak berada, orang yang baik-baik dan bersopan santun.

Uncle Dak doakan agar mereka sekeluarga diganjarkan rezeki yang lebih melimpah ruah kerana memudahkan urusan orang lain.

Baca :

Seminggu tinggalkan rumah? Ini sebab mengapa anda perlu letak syiling dalam peti sejuk

Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Tak perlu gigih sental, cuma guna 3 bahan ini dapat putihkan bekas ‘blender’ kekuningan