Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Lima orang pelanggan muntah darah selepas mencuba sejenis pencuci mulut di sebuah restoran di India pada awal bulan ini.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Kafe Laforessta di Sektor 90 Gurugram, New Delhi pada Sabtu yang lepas.

Ketika kejadian berlaku, seorang lelaki bernama Ankit Kumar bersama isteri dan rakan-rakannya sedang makan di restoran tersebut.

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut
Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Video insiden itu telah tersebar luas di media sosial dan menjadi topik perbualan di seluruh dunia.

Dalam video tersebut, dapat dilihat semua mangsa teriak dan menangis kesakitan selepas mencuba makanan tersebut.

Sementara itu, salah seorang dari mereka muntah darah dan seorang wanita lain cuba meletakkan ais di mulutnya untuk mengurangkan kesakitan.

“Kami tidak tahu apa yang mereka campurkan ke dalam pencuci mulut. Semua orang di sini muntah darah.

“Lidah mereka mengalami luka dan mulut mereka terasa pedih,” kata Kumar.

Dia kemudian meminta orang ramai yang berada di tempat itu untuk menghubungi polis.

Berdasarkan laporan polis yang dia buat, Kumar juga menunjukkan bungkusan makanan penutup itu kepada pihak berkuasa.

“Menurut doktor, ia adalah ais kering dan berasid yang boleh menyebabkan kematian,” katanya lagi.

Menurut laporan yang sama, individu yang terlibat awalnya mengalami rasa terbakar di dalam mulut mereka sebelum mengalami gejala lebih serius seperti muntah darah.

Walaupun mereka mencuba untuk membersihkan mulut dengan air, namun tindakan tersebut tidak memberikan sebarang bantuan.

Kesemua individu akhirnya telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan, dengan dua daripadanya dalam keadaan yang kritikal.

Pihak polis telah memulakan penyiasatan berdasarkan laporan yang diterima dari individu yang terlibat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Baca :

Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’

Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi

Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia