“Luar macam malaikat tapi belakang macam s*al, terkedu aku baca mesej kawan suami aku, rupanya…

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Jangan pernah menghakimi seseorang dari luaran sahaja, kadangkala yang disangka baik sebenarnya lebih teruk perwatakan.

Seorang wanita tidak menyangka suami yang dipilih kerana perwatakan baik sebenarnya adalah seseorang yang keji.

“Aku budak UIA dan aku dah berkahwin. Aku kahwin dengan suami tecinta lepas dua tahun kami berkawan.

“Luar macam malaikat tapi belakang macam s*al, terkedu aku baca mesej kawan suami aku, rupanya…

Dalam masa dua tahun tu aku banyak kali nak putus sebab rasa macam tak serasi dan tak yakin. Tapi tak putus juga sebab dia tak nak lepaskan aku.

Aku tepikat kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku find out yang dia boleh tolerate dengan perangai aku.

Perempuan kan banyak perangai lagi-lagi time nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni waswas.

Aku kahwin enam tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada seorang mamat ni kmesej aku, “Si L tu suami ko kan? Baik ko jaga dia elok2. Luar macam malaikat. Tapi belakang macam s*al. Dasar main kayu tiga”.

Aku ingat lagi mesej mamat tu macam ini. Aku cuak! Pastu aku mula selidik, tanya kawan dia. Tapi semua orang cakap suami aku baik. Jadi aku decide abaikan je.

Tiga bulan lepas kahwin, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai tiga bulan je. Aku sampai lapan bulan! Asyik nak muntah.

Lebih menyedihkan, enam bulan usia kandungan, aku terbaca mesej Facebook suami aku dengan perempuan lain! Bercinta!

Aku tak cari tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. Makin aku scroll mesej tu makin aku menyirap tak ttahan!

Aku tak sangka suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat luar tu buat aku macam tu! Terus aku teringat mesej mamat dulu tu.

Aku cuba mesej dia malangnya dia tak balas. Malam tu, aku tak tanya direct ada perempuan lain ke tak. Aku nak test dia je.

“U sayang i tak.

“Sayang.

“Sayang i seorang jeke.

“Yelah u seorang je. Mana ada orang lain. kenapa tiba-tiba tanya macam ni.

“Nothing, jusk asking”, perbualan kami.

Tapi dalam hati aku, darah ni mendidih-didh sebab dia menipu! Aku baca mesej dia, penuh sayang dengan perempuan tu. Siap nak jadikan nombor 2 lagi!

Hello, hutang kau belambak, duit dapur pun aku yang tambah, ada hati nak bini dua!

Aku tahan sangat semua perasaan marah sedih geram. Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala dan aku simpan.

Ni bukti kau tak setia dengan aku dan aku akan guna satu hari nanti. Tak sampai setahun lagi kau da buat perangai!

4 hari 4 malam aku menanges tak berhenti! Dan tak bercakap sepatah perkataan pun! Suami asyik tanya kenapa-kenapa.

Dia cuak. Hari ke empat, aku decide, aku cakap “Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa,buat lah. I dah tak nak heran”.

Dia sangat tepanjat. Dia asyik tanya kenapa. Lastly aku ckp, tengok fb. Bila dia buka fb dia, baru dia sedar. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa-apa.

Minta maaf? Langsung tidak! Bila aku tanya2 nak minta penjelasan, sama ada dia pura-pura tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’.

Macam tu je berhari-hari. Geram g1ler tahap gaban suami camni. Bila dah lahir baby ni, aku macam tak reti handle seorang diri. Yelah first time.

Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby sume. Bila aku tengok contribution dia, lama-lama aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide untuk lupakan hal lama.

Malangnya! Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terbaca dia wasap perempuan yang sama!

Ya allah aku ingat selama ni dah tak ada! Rupanya masih berhubung! Suami yang sangat tak malu! Memang kali ni aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus!

Aku sekali lagi menangis macam orang tak betul tapi kalini hanya sehari. Aku asyik tanya untuk dia jawab betul, kalau suka sama suka, kahwin je. Aku tak nak jadi penghalang.

Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu. Dia asyik geleng tanpa penjelasan dan menangis sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama. Nak pinangkan untuk dia tapi dia tak nak.

Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku tak pergi mahkamah sampai sekarang. Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku tak tau dia dengan perempuan tu macam mana.

Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali aku tak akan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia.

Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan bash dia hidup-hidup.

Sebenarnya, bukan masalah perempuan je yang buat aku tak tahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia.

Dia asyik cakap tak ada duit. Sedang aku dan anak aku, berhari-hari hanya makan telur, nasi dan kicap.

Tiap-tiap bulan meminjam orang! Sampai berbalah dengan anak sebab anak nak main dengan dia, dia marah jangan kacau dia main game.

Aturnya, keluarga dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan tak bagi suami duit. Aku dengan mak mentua memang tak baik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, tapi tak dibayar.

Dulu waktu setahun kahwin. Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang tak da duit time tu. Tau mak dia cakap apa? Kau baru kahwin, tapi rumah kau lengkap semua.

Ya allah nak tecabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Tak guna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat uia buat partime macam.

Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak metua? Bagi periuk tiga biji je! Aku cukup terasa! Tp aku ambil keputusan untuk diam sebab tak nak keruhkan suasana.

Sekarang aku dengan suami jarang becakap dan dah tak tidur sekali. Aku memang nak sangat lepaskan suami aku. Tapi dia tak nak lepaskan aku.

Aku banyak kali minta selesai cara elok. Tp dia tak nak. Aku buntu! Aku sangat tak tahan dengan habit dia.

Biarlah perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah give up! Dah muak dengan suami sendiri.

Baca juga:“Perutku diusap kawan-kawan, aku diam, 7 tahun berlalu, pertanyaan anak aku buat aku terduduk menyesal”