Macam mana orang bangla boleh buat duit dalam Malaysia, rupa-rupanya…

Oleh GEMILANGDAILY

Macam mana orang bangla boleh buat duit dalam Malaysia, rupa-rupanya…

pengalaman sebenar saudara Eza Ezamie sepanjang menjalankan bisnes jual baju branded. Semoga pembaca mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Agak panas sebenarnya topik ni, tapi itulah hakikatnya. Cuba perhati sekeliling kita, berapa ramai orang asing sudah mula miliki perniagaan dengan membuka kedai?

Macam mana orang bangla boleh buat duit dalam Malaysia, rupa-rupanya...

Bukan sahaja warga Bangladesh, tetapi Indonesia, Aceh, Pakistan, Nepal, India, Myanmar dan ramai lagi.

2.9 Juta Warga Asing Di Malaysia Pada Tahun 2016

Percaya tak ada 2.9 juta warga asing di Malaysia? Sila rujuk e-book Kementerian Sumber Manusia, yang telah kami screenshot seperti di atas.

Mereka adalah pekerja biasa seperti yang kita biasa tengok di kilang, kedai makan,stesen minyak, ladang-ladang dan macam-macam tempat lagi.

Tapi ada sebilangan daripada mereka yang menjadi peniaga, dengan membuka restoran, kedai runcit, kedai baju, kedai karpet dan sebagainya.

Bagaimana Saya Boleh Kenal Mereka?
Terlebih dahulu, pasti anda nak tahu kan bagaimana saya boleh kenal & kemudian korek rahsia peniaga-peniaga warga asing ni kan?

Begini kisahnya…

Saya mula berniaga pakaian pada tahun 2012, dan mula membeli dengan supplier orang Melayu untuk dijadikan bahan jualan di Uptown Shah Alam.

Juga ada online store di lelong.com.my pada ketika itu:

Setelah sekian lama menjual secara retail, saya teringin juga nak menjadi supplier.

Alhamdulillah, ramai juga yang cari saya dan ramai yang telah saya bantu untuk memulakan perniagaan pakaian dengan modal yang sangat kecil.

Beli kuantiti 20 helai, dah layak dapat harga borong; jadi modal paling kurang RM80 dah boleh berniaga.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada je yang meninggalkan contact details diorang untuk saya hubungi, dan tidak kurang juga yang call/sms/whatsapp.

Jadi bila nak jadi supplier ni, kita kena lah carik sumber mana datangnya pakaian tersebut. Nama pun pakaian tersebut ‘Made in Bangladesh’, mesti lah orang Bangladesh yang import pakaian tersebut.

Zara, H&M, Cotton On, Replay – Made in Bangladesh

Bagaimana Orang Bangla Boleh Berjaya?
Bagaimana Orang Bangla Boleh Berjaya?

Percaya atau tidak, jenama-jenama terkemuka yang ada butik di kebanyakan kompleks membeli-belah kebanyakannya adalah Made in Bangladesh. Pakaian yang dijual sehingga ratusan malahan ribuan ringgit di Malaysia dibuat di Bangladesh. Ini disebabkan kos pengeluaran yang rendah serta kualiti benang dan jahitan yang tiada tandingan.

Alhamdulillah, saya dapat juga contact dengan beberapa pengimport daripada Bangladesh. Ada yang mempunyai warehouse di Kenanga, Jalan Ipoh, Ampang, Cheras dan banyak lagi.

Ada yang berpelajaran tinggi, mempunyai kelulusan Master di London tapi datang ke Malaysia untuk memulakan perniagaan.

Ada yang fasih berbahasa Malaysia, ada yang boleh cakap English saja. Ada yang dah berbelas tahun menetap di sini, ada yang baru beberapa bulan. Yang hantar anak ke kolej swasta yang yuran semesternya berbelas ribu ringgit pun ada!

Inilah Rahsia Orang Bangladesh Boleh Maju di Malaysia
Maaflah, mukadimah pun dah panjang lebar. Di sini saya kongsikan hasil pemerhatian saya bagaimana mereka boleh berjaya di Malaysia.

#1 – Bijak Cari Peluang
Bila mereka mula datang ke Malaysia tanpa ada apa-apa, mereka mula menghidu peluang. Mereka tahu tak ramai orang kita yang mampu berbelanja di butik untuk mendapatkan pakain branded ni.

Nak dijadikan cerita, ada di antara mereka ni kenal pemilik-pemilik kilang di Bangladesh. Bapa mereka ada kilang buat baju Zara lah, saudara mereka ada kilang buat seluar H&M lah, abang mereka ada kilang buat tshirt Cotton On lah, dan bermacam-macam lagi.

Daripada habis ratusan ringgit beli barang di butik, barang yang sama boleh didapati pada harga jauh lebih murah. Sebagai contoh tshirt Replay yang berharga RM159 di butik, kami hanya jual RM50 je. Tshirt Zara harga RM180 di butik, kami jual RM30.

Mereka tahu yang ada pasaran luas di Malaysia untuk pakaian branded ini, dan kebetulan mereka kenal pengilang yang membuat pakaian branded ini.

Ada demand, ada supply, maka mereka pun grab peluang ini.

#2 – Perkongsian Win-Win
Bila ada demand & supply, mereka kena carik rakan pengimport yang boleh sama-sama tolong mereka bawa masuk pakaian branded tanpa sebarang masalah. Siapa lagi kalau bukan orang Malaysia sendiri, yang boleh tolong mereka hal berkaitan kastam, logistik, warehouse dan lain-lain.

Ada yang dapat upah setiap kali kontena sampai, ada juga yang menjadi shareholder syarikat.

Barang dah sampai, mereka kemudian kena carik rakan supplier yang boleh sama-sama tolong mereka menjual barang dengan kuantiti yang besar dengan cepat. Inilah peranan saya pada ketika itu, menjadi orang tengah kepada mereka. Ada stok saya ambil untuk dijual secara pukal, ada stok untuk dijual di kedai.

#3 – Support Masing-masing, Bukan Menjahanamkan Pesaing
Bab ini, ramai orang kita gagal.

Bila tengok bisnes pesaing dah makin maju, kita mendoakan pula kegagalan mereka. Kalau boleh, biar kita seorang je yang berjaya. Betul ke betul?

Tahukah anda, di kalangan pengimport Bangladesh ini semuanya berkawan rapat? Pengimport A mungkin bawa masuk baju, tapi tak cukup satu kontena barangannya. Dia pula beritahu Pengimport B yang bawa masuk seluar untuk menambah order sampai cukup satu kontena untuk dihantar ke Malaysia. Jadi kos mereka kongsi bersama.

Barang dah sampai, mereka pun happy. Takde nak gaduh-gaduh.

Walaupun punya pesaing, mereka takdelah sampai nak buang harga semata-mata nak menjual barangan mereka. Harga tetap maintain.

#4 – Bijak Luaskan Empayar
Perasan tak kedai baju branded dah bersepah kat pasaraya seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan sebagainya? Alah, yang jual baju baby RM5, rompers RM3, tshirt lelaki dan perempuan RM10, jeans RM20 tu.

Lama-kelamaan, mereka pun mula menjual direct kepada pengguna macam kita. Untung pun lebih besar sebab mereka direct importer dan terus jual kepada end-user, tanpa melalui orang tengah.

Maka makin ramailah peniaga kecil-kecilan nak beli borong daripada mereka, dan bertambahlah source of income mereka.

#5 – Kepercayaan Itu Sangat Penting
Berniaga apa pun, kalau takde kepercayaan memang tak tahan lama. Nak bina kepercayaan pulak makan bertahun-tahun lamanya, tapi sekali buat tahi – memang susah orang nak percaya lagi. Dan mereka ini sangat menitikberatkan bab kepercayaan.

#6 – Islam is First Class
Orang Bangladesh ini bukan Islam atas nama je, tapi mereka turut mengamalkan cara hidup Islam. Yang wajib mereka tunaikan, yang sunat mereka amalkan. Mereka juga sangat bekerja keras untuk membangunkan perniagaan mereka di Malaysia.

#7 – Niat Nak Tolong Keluarga di Kampung
Ya, rata-rata mereka ini tidak kisah berada di negara kita untuk mencari rezeki bagi menolong keluarga mereka di kampung. Mana taknya, fresh grad di Bangladesh kalau kerja makan gaji pun dapat dalam $200 USD je sebulan. Itu untuk pemilik ijazah sarjana tau, yang tahap SPM tak tahu lah. Tukang jahit di Bangladesh gaji diorang ada yang tak sampai $50 USD je sebulan.

Daripada mereput di negara sendiri, mereka sanggup untuk sacrifice dan menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki.

Dah Tahu Rahsianya, Sanggup Ikut Cara Mereka?

Sekarang anda dah tahu rahsia di sebalik kejayaan mereka. Nak tiru cara mereka, silakan. Saya dah tengok sendiri depan mata, bagaimana seorang rakan saya daripada Bangladesh mula berniaga tanpa punya apa-apa; dan sekarang anak isteri dah menetap di Malaysia. Kereta Mercedes, ada beberapa perniagaan, boleh balik Bangladesh beberapa bulan sekali, siap boleh melancong luar negara.

Bagaimana pula dengan anda;

Sanggup ke India untuk mencari rezeki?
Berani berhijrah ke negara China untuk memulakan perniagaan?

BACA:

Kerajaan bakal perkenal pinjaman dan insurans kenderaan versi Menu Rahmah? Ini jawapan Menteri

Yasin kurus kerana penjara tak bagi makan? Ini cerita sebenarnya