‘Macam sakit hati je tengok video ni’ – Rupanya pakcik bergurau kasar tu memang saling ‘membahan’

Oleh AHMAD BADRUL

Satu sedutan video yang memaparkan tiga rakan kategori usia ‘pakcik’ bergurau mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang sakit hati.

Menerusi video yang tular, seorang lelaki kelihatan berdiri di satu sudut ruangan dengan riak wajah kosong diketawakan dua rakannya.

Mereka mengetawakan telefon baru yang dimiliki ‘pakcik’ yang berdiam diri dari awal sehingga habis video itu.

'Macam sakit hati je tengok video ni' - Rupanya pakcik bergurau kasar tu memang saling 'membahan'
‘Macam sakit hati je tengok video ni’ – Rupanya pakcik bergurau kasar tu memang saling ‘membahan’

Seorang rakannya itu malah membaling video itu selain meletakkan gajet tersebut di atas kakinya yang mengenakan stoking koyak.

Dalam masa sama, seorang lagi kawannya merakam video sambil ketawa tidak sudah-sudah.

Aksi gurau kasar itu juga berbaur lucu apabila rakannya yang mempersenda itu cuba mengajuk tarian poco-poco sebelum dia terguling di lantai menahan ketawa.

Bagi yang tidak tahu kisah sebenarnya meluahkan rasa sedih selain menasihatkan mereka supaya tidak melampaui batas ketika bergurau walaupun sesama rakan.

“Aku tengok macam sedih tapi sebab ramai yang komen ada video lain yang pak long tu pun sama naik kadang-kadang, jadi layan je lah.

“Memang ada member jenis macam ni, suka buat muka kesian bila dia kena ‘bahan’ tapi bila dia yang membahan, berganda ganda ‘tanduk’ dia.

“Mana yang tak tau kalau layan TikTok abang ni (boy_ketam7, yang juga pentadbir page tular Muafakat Johor) memang mereka kaki bahan membahan sama-sama.

“Mungkin ada yang anggap mereka ni kasar, tapi mereka memang kawan baik,” demikian kata warganet.

Baca :

Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL