Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah

Oleh ADINDA

Kos kahwin di negara sendiri memang mahal tambahan pula kalau ada salah seorang pasangan atau keluarga berdegil mahu buat majlis ‘grand’ lupa ukur baju di badan sendiri.

Tidak hairanlah ada yang bernikah di negara jiran, Thailand yang lazimnya mencecah RM2,300 hingga RM2,500 mengikut pakej.

Wanita dikenali sebagai Kak Wan yang menawarkan khidmat urusan pernikahan sah di Thailand berkata, kos sebanyak itu merangkumi pengesahan pernikahan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah
Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah

Menurutnya yang telah menawarkan khidmat itu sejak lebih 10 tahun lalu, pasangan Malaysia yang bernikah di Thailand perlu mendapatkan tiga pengesahan.

Katanya, semua proses berkenaan akan dibimbing ejen sehingga pernikahan mereka di Thailand sah di sisi undang-undang negara kita.

“Justeru, adalah penting pasangan yang ingin bernikah di negara jiran menggunakan khidmat ejen bertauliah.

“Jangan tertarik dengan tawaran sindiket pakej nikah murah di bawah RM2,000 terutama RM1,300 hingga RM1,800 bagi mengelak masalah pada kemudian hari,” nasihatnya, lapor Harian Metro.

Dalam masa sama, Kak Wan memaklumkan pihak mereka menguruskan antara 500 hingga 600 pasangan sepanjang tahun dengan 25 peratus pelanggan berumur 25 hingga 30 tahun.

“Dulu sebelum pandemik Covid-19, pernahlah ada pasangan berusia 19 hingga 20 tahun kami uruskan, itu pun kes jarang jumpa dan tidak banyak,” katanya.

Kebanyakan pasangan berusia 25 hingga 30 tahun yang mendapatkan khidmatnya mempunyai alasan tersendiri apabila memilih bernikah di Thailand.

“Banyak faktor mengapa pilih bernikah di Thailand tidak semestinya poligami.

“Kadang-kadang peringkat usia macam ini bernikah cuma hendak halalkan hubungan mereka saja dulu,” kata Kak Wan lagi.

Baca :

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL