Majlis kahwin dah berakhir, penduduk berang khemah masih belum dikemas jadi punca kesesakkan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Apabila tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen, kita perlu menghormati tetangga yang lain.

Baru-baru ini, satu video viral di aplikasi X, di mana seorang penduduk di rumah flat meluahkan perasaan kecewanya apabila terdapat penduduk lain yang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran tanpa membersihkan atau menurunkan khemah dengan cepat.

Kejadian tersebut mengganggu penduduk lain kerana khemah yang dipasang menutup laluan sampah di kawasan apartmen tersebut.

Majlis kahwin dah berakhir, penduduk berang khemah masih belum dikemas jadi punca kesesakkan
Majlis kahwin dah berakhir, penduduk berang khemah masih belum dikemas jadi punca kesesakkan

“Ha kencang kahwin, hujung ke hujung khemah, kahwin memang kencang, PA system (sistem audio, pembesar suara) bawah tu rumah sampah.

Cepat lah sikit kemas aku memang sakit hati dah ni,” luah penduduk di situ.

Melalui keterangan di dalam video itu, diketahui bahawa video itu direkodkan semasa cuti sekolah dan orang di kawasan tersebut berasa terganggu kerana kanopi yang dipasang terlalu panjang dan mengganggu rutin harian penduduk lain.

“Bukan ada dewan serbaguna?”

Video itu tentu menarik perhatian ramai, kebanyakan orang bertanya-tanya kenapa tuan rumah tidak mengadakan perkahwinan di dewan atau balai raya seperti biasa di kawasan sebegini.

Semoga tidak akan berlaku lagi perkara sebegini di masa akan datang.

Baca :

Kuning vs putih? Jom ikuti tips pilih lampu sesuai untuk dekorasi rumah

Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu

Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua