Mark Zuckerberg antara bilionair yang sedang bina pertahanan ‘terbaik’ bagi hadapi ‘hari kiamat’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Beberapa tokoh terkenal yang menjadi bilioner telah bersedia menghadapi ‘hari kiamat’, antaranya dengan membina kubu dan menyediakan bekalan makanan serta ubat-ubatan.

Salah seorang tokoh yang terlibat adalah bos Meta, Mark Zuckerberg yang telah membina kubu perlindungan di Hawaii.

Tindakan drastik pengasas Facebook ini telah mendorong seorang selebriti podcast, Christina Randall untuk mengumumkan bahawa golongan elit mungkin sedang bersiap sedia menghadapi ‘bencana’.

Mark Zuckerberg antara bilionair yang sedang bina pertahanan 'terbaik' bagi hadapi 'hari kiamat'
Mark Zuckerberg antara bilionair yang sedang bina pertahanan ‘terbaik’ bagi hadapi ‘hari kiamat’

Selain Zuckerberg, pengasas OpenAI, Sam Altman juga telah menyediakan keperluan seperti antibiotik, air, dan barang-barang lain untuk persediaan.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Tetapi saya mempunyai senjata api, emas, kalium iodida, antibiotik, bateri, air, topeng gas daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan lain-lain,”ujarnya.

Altman memberitahu bahawa dia bersama-sama dengan pengasas PayPal, Peter Thiel, merancang untuk ‘melarikan diri’ ke rumah mewah milik Thiel di New Zealand jika ada hari ‘kemusnahan’.

Juga, pengasas teknologi terkenal, Elon Musk, mengumumkan bahawa beliau telah membina pertahanan ‘terbaik’ untuk menghadapi hari kemusnahan manusia.

Pengarah SpaceX itu berkongsi gambar trak yang diberi nama Tesla Cybertruck yang dilengkapi dengan kaca perisai untuk melindungi daripada peluru berpandu atau robot pembunuh.

Baca :

Senangnya buat pizza roti tanpa ‘oven’, sesuai jadi bekal anak – anak

Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Cara bersihkan tangan dari bekas cat tanpa rasa sakit, no 3 paling mudah cari di dapur