Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang pekerja sewa lori berkongsikan perasaan dialaminya semasa menghantar barangan di sebuah sekolah tahfiz di Gua Tempurung, Perak.

Lelaki dikenali sebagai Wak itu mengaku dengan penampilannya berambut perang itu jauh berbeza dengan penghuni dan pengajar di pusat pendidikan tersebut.

“Dengan penampilan Wak begini, rambut kuning, berwarna, masuk sekolah tahfiz, ada pelajar dan ustaz.

Masuk sekolah tahfiz rasa macam 'jauh' dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet
Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet

“Aku rasa macam orang asing sangat. Mereka macam biasa. Kita sendiri akan rasa diri kita macam ‘jauh’ dah pergi,” katanya.

Menerusi sedutan video yang tular, Wak turut memberitahu, dia telah memberikan diskaun sewa lori itu tanpa mendapatkan kebenaran majikannya terlebih dahulu.

“Tauke letak RM300, tapi dapat RM280. Aku potong (beri diskaun) lagi bagi RM250 sewa.

“(Harap) adalah (ganjaran) akhirat aku punya nanti,” katanya.

Dalam masa sama, Wak juga berseloroh dengan mencadangkan tiga rakan sekerjanya supaya belajar di pusat tahfiz itu.

“Nanti aku jawab dengan tauke kenapa (letak harga sewa lori hanya) RM250.

“Tak sampai hati. Harap adalah bekalan akhirat sikit,” kata Wak lagi.

Rata-rata warga maya berpendapat perasaan Wak itu cerminan bahawa imannya masih tebal.

“Allah tidak pandang penampilan. Allah SWT pandang pada iman, amal dan keikhlasan hati.

“Kadang-kadang cara beginilah Allah SWT nak tegur supaya kita kembali bertaut pada-Nya. Hanya hamba yang terpilih bang utk mrasainya mcm abg..

“Alhamdulillah sangat jika ada terasa begitu. Siap buat video kongsi apa perasaan rasa.

“Orang baik tak tengok luaran bang. Mereka tak anggap apa-apa pun, sentiasa nampak elok dan baik je dan tetap menyalurkan kebaikan.

“Itu sebab kita sentiasa sayang anak tahfiz dan anak yang soleh kerana mereka seperti kain putih. Lihat muka mereka pun dah sejuk mata memandang,” demikian antara kata netizen.

Baca :

Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Pemilik homestay luah rasa kesal dapat penghuni tidak jujur, tinggalkan rumah bersepah

Bukan minta harga padi sampai boleh pergi haji balik hari – Ini pentingnya elak petani ‘give up’