MB Kedah dilarang hadir majlis kerajaan persekutuan, sekali Menteri Komunikasi buka mulut dedah cerita sebenar

Oleh GEMILANGDAILY

MB Kedah dilarang hadir majlis kerajaan persekutuan, sekali Menteri Komunikasi buka mulut dedah cerita sebenar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, Muhammad Sanusi juga dilarang untuk hadir majlis kerajaan Persekutusan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

MB Kedah dilarang hadir majlis kerajaan persekutuan, sekali Menteri Komunikasi buka mulut dedah cerita sebenar

Difahamkan, ia keputusan terbaharu Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa boleh buat. Kalau awak panaih (panas), janganlah pula koyak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi tidak menjelaskan sebab-sebab keputusan itu diambil dan bila dia dimaklumkan mengenainya.

Sehubungan dengan itu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak pasti dengan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaan Menteri Besar itu dihalang daripada menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau tidak nampak perkara tersebut sebagai isu memandangkan kementeriannya turut menjemput semua pihak termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran pada Majlis Perasmian Hab Gentian Optik Point of Presence (PoP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap hari ini.

“Dalam semua atur cara saya melibatkan lawatan kerja rasmi kementerian di Kedah termasuk program ini kami jemput semua. Malah ada wakil daripada pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dan ia semangat yang sedikit berbeza untuk kita tampilkan.

“Saya tak pasti apa yang beliau maksudkan namun bagi saya apa yang penting kerajaan Perpaduan ingin membuktikan bahawa kita sedia bekerjasama demi rakyat. Sekarang ini cukup-cukuplah berpolitik dan kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas program itu.

Terdahulu Muhammad Sanusi mendakwa dihalang daripada menghadiri sebarang majlis Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada Mei tahun ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat keputusan rasmi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada menghadiri majlis kerajaan, Fahmi enggan mengulas dan hanya memandang kepada wartawan yang bertanya sambil menyatakan ‘anda’ telah bertanya banyak soalan.

Dalam perkembangan lain, ketiadaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi disebabkan beliau baru berkunjung ke negara itu baru-baru ini.

Fahmi menjelaskan, beliau bersama Perdana Menteri dan isteri ke negara itu disebabkan penggiliran setelah dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebaik selesai melakukan penggulungan di Parlimen.

“Beliau dapat pengesahan kerajaan Arab Saudi sedia menerima Perdana Menteri serta delegasi kami. Saya dimaklumkan Selasa pagi dan kami bertolak malam itu juga. Bagi saya apabila diberi arahan, maka saya pergi,” katanya.

Tambah Fahmi, beliau terharu dengan layanan sangat baik diberikan kerajaan Arab Saudi terhadap Perdana Menteri serta rombongan yang menyertai lawatan rasmi tersebut.

“Saya sendiri dapat visa diplomatik dalam masa sangat singkat iaitu hanya beberapa jam sahaja. Visa diplomatik itu takkan diberi jika bukan lawatan rasmi. Di sana kami diberikan konvoi Diraja selain menggunakan kenderaan dipasang jata kerajaan Arab Saudi.

“Kalau bukan lawatan rasmi, tak akan guna kenderaan itu dan kami juga diberi penginapan di ‘Guest Palace’ yang dikhaskan bagi tetamu kerajaan Arab Saudi,” katanya.

BACA: 

Tahukah anda? Polis pernah saman artis sebab berpeluk masa AJL tapi kenapa? Ini sebabnya

Alaska sebenarnya sebahagian dari Russia, ini sebab kenapa Russia jual Alaska kepada Amerika Syarikat