Mee basah kuah berkilat wajib ikut tips ini, paling penting jangan lupa letak satu bahan ‘rahsia’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Adakah anda perasan bila masak mee goreng di rumah, kejadiannya selalu hancur dan tak sama seperti yang dibeli di kedai?

Itu sebabnya, salah teknik masak menyebabkan tekstur mee jadi hancur.

Untuk mengelakkan masalah ini berulang kali, anda boleh ikut tips masak mee basah dan mee segera yang akan dikongsi di bawah.

Mee basah kuah berkilat wajib ikut tips ini, paling penting jangan lupa letak satu bahan 'rahsia'

Ada satu bahan ‘rahsia’ yang penting dimasukkan supaya tekstur mee kekal elok dan tak terlalu lembik.

Ia sangat mudah dan rugi kalau anda tidak mencuba!

Mee basah dan mee segera memerlukan teknik yang betul untuk dimasak.

Ini kerana salah satu teknik boleh membuat tekstur mee terlalu lembik.

Cara masak mi basah:

1. Sediakan air dalam kuali dan panaskan sehingga air mendidih.

2. Pastikan guna jumlah air yang cukup untuk merendam mee agar basah.

3. Setelah air mendidih, masukkan mee ke dalam kuali.

4. Selepas itu, tambahkan satu sudu kecil minyak supaya mee tidak melekat.

5. Rebus mee selama 2 hingga 3 minit sahaja. Gaulkan sekali untuk memastikan masak merata.

6. Bila mee sudah masak, angkat dan toskan. Jangan terus bilas mee dengan air sejuk. Biarkan sehingga wap panas hilang.

7. Selepas wap panas hilang, bilas mee dengan air sejuk dan ia sudah boleh digunakan.

Bagaimana cara untuk masak mee segera:

1. Panaskan air hingga mendidih untuk memasak mee.

2. Masukkan mee ke dalam air mendidih dan rebus selama 3-5 minit. Jangan biarkan terlalu lama.

3. Jika mee masih kenyal, itu bermaksud mee sudah siap.

4. Gaul mee dengan rempah dalam bekas.

5. Mee segera anda sudah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Baca:

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda