Memang rimas kalau si kecil kerap sangat ‘tantrum’ dengan suka memberontak, menjerit, meraung, ada saja perkara yang dia tak puas hati

Oleh NADIA HARON

Lagi rimas dan bimbang menganggu orang sekeliling kalau anak tiba-tiba buat perangai, meragam dan mengamuk malah langsung tak mendengar arahan ibu bapa di tempat awam.

Namun, rupanya lagi bahaya kalau anak jenis langsung tidak membantah atau terlalu mendengar kata. Boleh pula begitu? Macam-macamlah.

Ikuti perkongsian ‘parenting influencer’, Mohd Fhais Salim dalam membezakan antara gejala anak yang ‘tantrum’ dan ‘fear loop’ ini:

Memang rimas kalau si kecil kerap sangat 'tantrum' dengan suka memberontak, menjerit, meraung, ada saja perkara yang dia tak puas hati

Tantrum lagi sihat. Fear Loop ini tanda emosi & mental anak sakit:

– dia tak menangis

– dia tak mengamuk

– dia tak menjerit

– dia tak merengek

– dia tak meminta minta.

Apa dia buat cuma satu, dia ikut je apa yang di arah. Macam boneka.

Fitrah kanak-kanak, mereka tak suka ikut arahan. Kalau ikut pun terpaksa.

Yang jadi peliknya bila anak 3 tahun ke bawah boleh ikut arahan bulat-bulat.

Bila di suruh duduk diam, dia duduk diam.

Bila di suruh jangan bising, dia berhenti buat bising.

Bila di suruh pergi tidur, dia terus masuk bilik tidur.

Tanpa sebarang protes, hah, itu pelik!

Besar kemungkinan sudah ada gejala ‘fear loop’ dalam otak anak.

Fear Loop ni bermaksud otak anak sentiasa dalam “ketakutan” yang melampau sepanjang masa.

Otak anak kecil ni, usia 6 tahun ke bawah tersangatlah rapuh.

Hatta, kita tinggi suara sedikit daripada biasa pun dah cukup untuk buat anak rasa takut.

Oleh itu, elakkanlah buat semua ini pada anak usia 6 tahun ke bawah:

– menjerit
– menengking
– memukul
– mengamuk
– maki hamun

Ini semua punca-punca otak anak boleh terjadinya gejala Fear Loop.

Kalau tak nak berlaku gejala Fear Loop ni seeloknya kita bersabar dan tabah dengan apa yang anak buat.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah marah cucunya Al-Hasan dan Al-Husin yang panjat belakang badan baginda ketika baginda sedang sujud solat.

Apalah sangat anak kacau kita buat kerja berbanding kacau solat ni. Sabar okey!
Wallahu A’lam.

Baca:

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda