“Mental meera sangat penat, Meera cuba untuk bangkit balik”, Meera View Chin buat comeback undang reaksi netizen

Oleh GEMILANGDAILY

“Mental meera sangat penat, Meera cuba untuk bangkit balik”, Meera View Chin buat comeback undang reaksi netizen.

Seperti yang ramai tahu, kontroversi antara TikToker terkenal, View Chin dan pekerja, Amirah Aqilah telah tular di media sosial dan menerima kecaman hebat daripada netizen.

Walaupun dikecam teruk, Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira seakan-akan langsung tidak terkesan dengan cacian dan makian orang ramai.

"Mental meera sangat penat, Meera cuba untuk bangkit balik", Meera View Chin buat comeback undang reaksi netizen

Malah, dia turut dilihat kembali aktif di media sosial selain memaklumkan sudah kembali melakukan tugasnya sebagai host TikTok.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menerima respon negatif daripada orang ramai yang menganggap dirinya sebagai ‘play victim’ dan tidak tahu malu kerana tetap aktif di media sosial walaupun kontroversi membabitkan dirinya telah tular.

Tampi menjawab kecaman, Mira berkata dia tahu segala hinaan dan cacian yang diberi berpunca dari kesilapannya sendiri.

Namun, dia menjelaskan bahawa dia sedang memperbetulkan kesilapan tersebut dan akan cuba untuk berubah menjadi lebih baik.

Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap, saya akan berubah untuk yang lebih baik.

Dalam pada itu, Mira memaklumkan kontroversi membabitkan dirinya itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kesihatan mentalnya.

Mental saya sangat penat, doakan saya ok, saya cuba untuk bangkit balik.

Saya doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

BACA:

Tak sangka! Rupanya ada siput berperisai besi yang ramai tak tahu

“Lepas kahwin aku bosan sebab isteri macam bisu, tapi respon isteri buat aku menangis meraung bila tahu hal sebenar”