Menteri dedah keadaan terkini kanak-kanak GISBH yang telah diselamatkan ramai nak tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sebelum ini, pusat jagaan dan rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diserbu oleh pihak polis

Dan didapati terlibat dalam kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Terbaru, menurut laporan Harian Metro, mahkamah telah memerintahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan perlindungan

kepada semua 662 kanak-kanak yang telah diselamatkan daripada rumah amal GISBH sebelum ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Menteri dedah keadaan terkini kanak-kanak GISBH yang telah diselamatkan ramai nak tahu

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, memberikan sedikit maklumat tambahan dan terkini mengenai jumlah kanak-kanak yang diselamatkan.

Kesemua 662 kanak-kanak yang diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah dijalankan kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu adalah perkembangan terkini.

Untuk makluman, polis telah menyelamatkan ratusan kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun, selain menahan puluhan individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis berkenaan dalam serbuan yang dibuat.

Fahmi, yang juga merupakan Menteri Komunikasi, turut menyatakan bahawa mesyuarat tersebut tidak membincangkan isu fatwa berkaitan amalan GISBH seperti yang telah diputuskan oleh beberapa negeri sebelum ini. Namun, beliau meminta orang ramai merujuk kepada kenyataan daripada mufti negeri masing-masing.

Beberapa mufti telah mengeluarkan dan menerbitkan fatwa yang mengesahkan bahawa ajaran tersebut adalah sesat.

Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, boleh merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sebelum ini, pemimpin, pengikut, pekerja, atau ahli GISB telah diputuskan fatwa sebagai rangkaian yang menyeleweng daripada akidah agama Islam sebenar oleh negeri Perlis, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

BACA: Caption kebetulan sama, netizen dakwa Aliff Aziz dan Ruhainies bercinta