Menteri Ekonomi ambil ganja? Sekali Rafizi terpaksa buka mulut dedah cerita sebenar

Oleh GEMILANGDAILY

Menteri Ekonomi ambil ganja? Sekali Rafizi terpaksa buka mulut dedah cerita sebenar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tidak mengenali pihak yang menghantar bungkusan berisi ekstrak ganja ke pejabatnya, baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bungkusan berkenaan sebaliknya sudah diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut.

Menteri Ekonomi ambil ganja? Sekali Rafizi terpaksa buka mulut dedah cerita sebenar

“Saya tak tengok atau membuka bungkusan terbabit. Orang hantar ganja, jadi polis datang ambillah.

“Buang duit saja hantar (ekstrak) ganja kepada saya kerana saya tak ambil ganja. Ini pembaziran.

“Bungkusan terbabit dialamatkan ke pejabat saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kedua-dua kami tidak ambil ganja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media melaporkan bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik, dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong, Jumaat lalu.

Serbuan dibuat hasil maklumat seorang penjawat awam yang memaklumkan menerima panggilan telefon berkaitan kiriman bungkusan dialamatkan ke atas dua ahli politik yang perlu dituntut di hab berkenaan.

Rentetan itu, polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Dalam perkembangan lain, Rafizi yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), berkata dua keputusan utama dipersetujui pada mesyuarat sulung selepas jawatankuasa itu diaktifkan semula, Februari lalu.

Beliau berkata, ia membabitkan kaedah dan proses permohonan permit ekspatriat yang lebih baik serta perluasan program akademi industri dengan perincian kedua-duanya akan diumumkan kelak.

“PEMUDAH bersetuju supaya kaedah dan proses permohonan permit ekspatriat yang lebih baik dan pendek, akan diumumkan kerajaan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Tempoh berkenaan bagi memberi ruang dan masa kepada semua agensi berkaitan melaksanakan (proses) harmonisasi bagi memastikan permohonan turut mematuhi kehendak perundangan dan dasar negara.

“Selain itu, langkah dan program untuk menambah skala di peringkat nasional bagi program akademi industri, diperluas. Tempoh sama diperuntukkan bagi membolehkan padanan antara pekerja dan lepasan sekolah dibuat terhadap kekosongan yang ada,” katanya.

BACA:

Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini

“Kenapa awak panggil saya puan ya? Nampak saya macam orang dah kahwin ke?” Pelanggan wanita ‘koyak’ dipanggil puan