Modal tak sampai RM10, ini cara jimat ke Klia2 buat abang grab pun pening

Oleh GEMILANGDAILY

Tahukah anda, terdapat cara untuk berjimat ketika menuju ke KLIA2 bagi mereka yang ingin mengurangkan kos pengangkutan.

Di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mempunyai KLIA2 (Terminal 2)

untuk kemudahan rakyat yang ingin merentasi sempadan negara atau negeri.

Untuk mengetahui panduan perjalanan dan cara menjimatkan kos ke KLIA2, anda boleh mengikuti perkongsian @elybaeraq melalui akaun X miliknya.

Caranya sangat mudah, pengguna hanya perlu menaiki perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya

Modal tak sampai RM10, ini cara jimat ke Klia2 buat abang grab pun pening

Dan berhenti di stesen terakhir, Putrajaya Sentral, yang hanya memerlukan kos sebanyak RM9.40 sahaja.

“Saya dah jumpa cara baru yang lebih murah untuk ke KLIA2. Hanya membelanjakan RM9.40 dengan menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan menukar ke KLIA Transit.

“Saya memang suka berjimat, sebab itulah saya tidak mahu menggunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75,” katanya.

BACA: Cabut plug elektrik boleh jimat rupanya hanya mitos, malah kena waspada lagi!