“Mohon pejabat agama take note”, selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital

Oleh GEMILANGDAILY

“Mohon pejabat agama take note”, selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital. Pemilik kenderaan persendirian kini tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian

secara fizikal sebaliknya hanya perlu memaparkan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menggunakan peranti pintar.

Langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini disambut baik dan dipuji oleh orang ramai yang sangat mengalu-alukan pembaharuan yang dibawakan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan harian rakyat.

"Mohon pejabat agama take note", selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital

Seorang pengguna Facebook, Ahamad Emran yang turut memuji langkah baik ini telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi mencadangkan satu lagi pembaharuan yang wajar dibuat oleh kerajaan pada ketika ini.

Jom ikuti cadangan dari beliau yang sangat bernas ini.

1 Sijil Nikah

SIJIL NIKAH DIGITAL pulak please!

Selain dari “Road tax” versi digital, salah satu yang perlu didigitalkan ialah sijil nikah.

Tiada keperluan untuk bawa sijil nikah asal.

Tiada keperluan untuk bawa kad perakuan nikah bagi menggantikan sijil nikah.

Buat penuh wallet je. Itupun kalau masih bawa wallet.

Bukannya kad perakuan nikah ni ada additional benefits/functions pun, contohnya macam disekalikan dengan TnG ke, MEPS ke, discount membership ke.

Kena cekup khalwat? Suruh mereka check dalam sistem. Beban pembuktian sepatutnya adalah ke atas penuduh, kan? Sebab tu saya applaud usaha digital “road tax” di mana kalau kena tahan, penguatkuasa yang perlu check di gadget mereka status kereta dan lesen pemandu.

Tapi ialah, mungkin sebab banyak sangat jabatan lain yang masih bergantung kepada sijil nikah ori ni, sebab database semua belum integrate, takpe. Kita faham. One step at a time.

Masa buat passport Amal hari tu pun dia orang mintak sijil nikah ori atau kad perakuan nikah, walaupun dah ada sijil lahir. 4 kali juga kena ke Imigresen pasal nak buat passport Amal ni.

Cuba imagine, kalau kena tahan, bagi je nombor IC kepada penguatkuasa. Lepas tu keluar nama pasangan. Plot twist ialah kalau keluar 2-3 nama pasangan lainlah

BACA:

Turki gempa bumi lagi sekali pada 5.8 magnitud, ini keadaan penduduk setempat undang reaksi Menteri Turkiye

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen