Mudah rupanya nak turunkan kolesterol, cubalah petua minum air rendaman bendi

Oleh NADIA HARON

Kolesterol tinggi dalam tubuh rupanya boleh ‘diredakan’ dengan mengamalkan pengambilan air rendaman bendi.

Ikuti petua minum air rendaman bendi ini yang dikongsikan Salmah Muhamad ini:

Kacang bendi mempunyai banyak kelebihannya.

Mudah rupanya nak turunkan kolesterol, cubalah petua minum air rendaman bendi

Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol.

Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini, saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol saya juga telah turun.

Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.

Siapa sangka dengan minum air rendaman kacang bendi, ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.

Antara khasiat kacang bendi yang dapat diperolehi ialah menurunkan bacaan kolesterol.

Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, kacang bendi juga mengandungi asid folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahu pun ibu yang menyusukan bayi.

Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur tiga tahun!

Bahan-bahan:

10 hingga 15 batang kacang bendi
Satu liter air

Cara membuatnya:

1. Basuh kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil.

2. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air.

3. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk.

4. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh.

Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

Antara khasiat kacang bendi:

– Mencuci hati

– Menstabilkan kandungan gula dalam darah

– Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar

– Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus

– Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi

– Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa

– Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua

– Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes

– Dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur

– Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Baca:

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

“Hina sangat ke kerja rider?” – Lelaki sedih pelanggan campak wang ke muka

Apa perasaan pergi kenduri kahwin sekali tersama pakai songket dengan pengantin, ini yang berlaku pada akak ini