Mufti besar Russia anugerahkan ‘Pingat Perpaduan Ummah’ kepada Mat Sabu, rupanya ini yang dia buat sebenarnya

Oleh GEMILANGDAILY

Mufti besar Russia anugerahkan ‘Pingat Perpaduan Ummah’ kepada Mat Sabu, rupanya ini yang dia buat sebenarnya.

Mohamad Sabu dianugerahkan ‘Medal of Spiritual Unity’.YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Beliau telah dianugerahkan ‘Medal of Spiritual Unity’ oleh Ravil Gaynutdin, Mufti Besar Persekutuan Rusia yang juga merupakan Pengerusi Muslim Spiritual Board, Persekutuan Rusia.

Mufti besar Russia anugerahkan 'Pingat Perpaduan Ummah' kepada Mat Sabu, rupanya ini yang dia buat sebenarnya

Anugerah ini telah disampaikan di Grand Cathedral Mosque, Moscow semasa siri lawatan rasmi YB Menteri ke Persekutuan Rusia atas usaha meningkatkan perpaduan ummah sekaligus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai bidang terutamanya di dalam bidang pertanian , keterjaminan makanan dan potensi kerjasama industri halal.

Mohamad mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi lawatan kerja ke Persekutuan Rusia bermula pada 15 hingga 23 Mei 2023.

May be an image of 9 people and dais

Lawatan kerja ke Persekutuan Rusia ini adalah selaras dengan penyertaan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke 14th International Economic Forum “Russia-Islamic World: KazanForum” 2023.

KazanForum merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Rusia melalui Kerajaan Republik Tatarstan sejak tahun 2009 sebagai platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam.

Sebagai pengiktirafan, pada tahun 2022 Presiden Rusia telah menaik taraf KazanForum sebagai acara tahunan utama peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Rusia melibatkan anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC).

Antara program utama di bawah KazanForum 2023 ialah Ekspo Halal Rusia 2023 yang melibatkan pameran dan promosi produk makanan halal di Rusia. Melalui ekspo ini, Malaysia boleh meneroka potensi dan peluang mempromosikan buah-buahan tropika yang sedia dieksport serta memperkenalkan produk makanan halal bukan sahaja kepada Rusia malah kepada negara-negara OIC yang turut menyertai KazanForum 2023.

Mohamad juga dijangka akan menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat Malaysia dan Rusia bagi memberikan gambaran dan menyatakan wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia. Di samping itu beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut dengan tema Teras Ekonomi: Kerjasama antara Rusia dan negara-negara OIC.

Dalam rangka lawatan kerja ini, Mohamad telah dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau iaitu TYT Dmitry N. Patrushev, Menteri Pertanian Rusia di Moscow dan juga mesyuarat dua hala dengan TYT Marat Zyabbarov Menteri Pertanian dan Makanan Republik Tatarstan di Kazan bagi membincangkan kerjasama pertanian antara Malaysia dan Rusia dengan mengutamakan akses pasaran produk pertanian Malaysia ke Rusia.

BACA:

Hanya kerana pakai rantai ketika konsert Big Stage, netizen label terus ‘kafir’ sekali ini jawapan padu tuan badan

Berang aduan tak dilayan dengan alasan tiada peruntukan, sekali lain pula yang jadi bila guru ini panjat siling kuarters