Nak berniaga tapi tiada modal? Keluarga tak membantu, mohon bank pun tak lulus, ini skim kerajaan ramai tak tahu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Adat berniaga, kalau sekadar minat dan hanya punya idea semua tak bermakna jika modal pun tiada, kan?

Jadi, pemuda berkenaan nekad untuk bertanya kepada ahli keluarga terdekat, kalau-kalau mereka dapat hulurkan sedikit wang ringgit untuk membantunya.

Namun hampa, keluarga sendiri nampaknya tidak bersedia untuk menghulurkan bantuan.

Selain masing-masing ada kekangan kewangan, ahli keluarga juga tidak yakin dengan potensi perniagaan pemuda tersebut.

Enggan menyerah kalah, pemuda itu kemudian beralih kepada institusi perbankan untuk mendapatkan modal tambahan.

Nak berniaga tapi tiada modal? Keluarga tak membantu, mohon bank pun tak lulus, ini skim kerajaan ramai tak tahu

Jawapannya tetap sama. Bank lagi sukar nak percaya dengan idea perniagaan yang dibentangkan. Baru setahun jagung, portfolio pun belum kukuh, hajat pemuda tersebut untuk membuat pinjaman mencecah puluhan ribu ditolak mentah-mentah.

Tetapi bak kata pepatah, rezeki tak pernah salah alamat dan hasil tidak pernah mengkhianati usaha.

Pemuda itu terus mencari cara untuk menambah modal perniagaan dan carian di internet menyakinkan pemuda berkenaan bahawa dia masih boleh mendapatkan pinjaman dari bank, walaupun pada awalnya tidak layak.

Pencarian itu sebenarnya membawa pemuda berkenaan kepada Skim Jaminan Pembiayaan Pinjaman (SJPP) Sdn Bhd.

Hasil carian lanjut mendapati, SJPP ini sebenarnya adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Rupa-rupanya, kerajaan melalui SJPP ada menyediakan Skim Jaminan Kerajaan MADANI dan Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 yang boleh diibaratkan sebagai cahaya di hujung terowong kepada para peniaga.

Melalui skim ini, kerajaan sebenarnya bertindak sebagai penjamin kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti pemuda tersebut dan Syarikat Bersaiz Pertengahan (MSC) Malaysia untuk membuat pinjaman daripada bank.

Skim Jaminan Kerajaan MADANI & MADANI 2

Untuk pengetahuan anda, Skim Jaminan Kerajaan MADANI menggunakan bajet dari Belanjawan 2023, manakala Skim Kerajaan MADANI 2 pula dijalankan dibawah Belanjawan 2024.

Kedua-dua skim ini menawarkan jaminan kepada semua sektor ekonomi, yang bermaksud tak kisah apa pun perniagaan yang anda usahakan, anda layak memohon skim ini.

Begitupun, masing-masing ada empat sektor yang diberikan keutamaan iaitu Teknologi Tinggi Pertanian, Pembuatan dan Pelancongan dalam Skim Jaminan Kerajaan MADANI dan Ekonomi Hijau, Teknologi Tinggi, Halal dan Penjagaan Kesihatan untuk Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2.

Kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon

Skim Jaminan Kerajaan MADANI

-Terbuka kepada semua entiti (PKS dan Syarikat Bersaiz Pertengahan) dari pelbagai sektor dengan jualan tahunan tidak melebihi RM500 juta berdasarkan akaun yang diaudit (atau penyata cukai pendapatan di mana berkenaan) untuk mana-mana tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2019 atau yang terbaru:

-Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;

-Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau

Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia

Diperbadankan di bawah:

-Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
-Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak; atau
-Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional

Tidak termasuk:

-Entiti yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), Syarikat Menteri Kewangan -Diperbadankan (MKDs) dan Perusahaan milik Kerajaan Negeri.
-Anak syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% saham entiti, yang disebut dalam perkara diatas.
-Penjawat awam, yang sedang dalam perkhidmatan, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan – Majikan/ Ketua Jabatan.

Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2

-Skim yang ini pula terbuka kepada semua PKS dari pelbagai sektor iaitu:
-Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
-Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian -Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau
-Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia

Diperbadankan di bawah:

-Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau -Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta -Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
-Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak; atau
-Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional

Tidak termasuk:

-Entiti yang disenaraikan di Papan Utama -Bursa Malaysia, Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), Syarikat Menteri Kewangan -Diperbadankan (MKDs) dan Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Anak syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% saham entiti, yang disebut dalam perkara diatas.

Entiti perniagaan dimana pegangan saham/ pengarah/ dimiliki oleh penjawat awam, yang sedang dalam perkhidmatan, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan – Majikan/ Ketua Jabatan.

Tarikh permohonan masih dibuka
Bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI, permohonan dibuka sehingga 31 Disember ini. Manakala bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2, permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2025.

Tempoh jaminan yang diberikan

Kedua-dua skim ini menawarkan tempoh jaminan yang sama, iaitu sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035 (yang mana lebih awal).

Had jaminan pembiayaan yang diberikan
Skim jaminan ini menawarkan had jaminan pembiayaan yang berbeza. Bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI, had pembiayaan yang dijamin kerajaan adalah sebanyak RM30 juta untuk empat sektor utama (Teknologi Tinggi, Pertanian, Pembuatan dan Pelancongan) dan RM20 juta untuk sektor-sektor lain.

Manakala bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 pula, had pembiayaan yang dijamin adalah RM20 juta untuk setiap syarikat bagi semua sektor.

Tujuan dan jenis pembiayaan

Pemohon hanya layak mendapat jaminan menerusi skim ini bagi pembiayaan yang bertujuan untuk Modal Kerja dan Perbelanjaan Modal.

Kedua-dua tujuan pembiayaan ini mestilah Pembiayaan Baru dan bukannya pembiayaan pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan.

Manakala jenis-jenis pembiayaan yang diberikan jaminan adalah:

-Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh
Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i
-Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i
-Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i

Had jaminan perlindungan yang diberikan untuk kedua-dua skim ini juga berbeza.

Bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI:

-Jaminan sehingga 90% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi bagi 4 sektor utama.
-Had pembiayaan yang layak untuk jaminan pembiayaan 90% akan dihadkan kepada RM10.0 juta bagi setiap syarikat.
-Sehingga 80% untuk semua sektor lain.

Bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 pula:

-Sehingga 80% untuk semua sektor

Selain itu, anda juga perlu menjelaskan yuran jaminan bagi melayakan mendapat jaminan pembiayaan ini.

Yuran jaminan yang dikenakan bagi Skim Jaminan Kerajaan MADANI adalah:

-Skim-skim Pembiayaan BNM: 0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.
-4 sektor fokus: 0.75 setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.
-Sektor-sektor lain: 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Manakala untuk Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 pula:

Sehingga 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Kedua-dua skim ini menetapkan kadar faedah/keuntungan yang sama iaitu tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2%.

Cara untuk memohon

Kini tibalah di bahagian paling penting iaitu cara untuk memohon. Sebenarnya, kaedah untuk memohon kedua-dua skim ini adalah sama.

Untuk memohon, anda boleh merujuk infografik dibawah:

Mudah je, kan? Kini, anda dah tak perlu pening kepala fikir bagaimana nak dapatkan modal untuk perniagaan masing-masing.

Buat je pembiayaan dengan institusi kewangan dan dapatkan jaminan dari kerajaan menerusi Skim Jaminan Kerajaan MADANI & MADANI 2.

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, anda boleh layari laman web Skim Jaminan Pembiayaan Pinjaman.

BACA: ‘Tidak puas hati demi agenda peribadi, sila pindah negeri amal cuti jumaat sabtu’ – TMJ