Nak kurangkan tekanan darah? Lakukannya dengan mudah guna bahan yang ada di rumah

Oleh ADINDA

Penyakit tekanan darah tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terdapat 10 tips untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan menggunakan bahan semula jadi.

10 bahan yang akan dibincangkan di sini mudah didapati dan pasti terdapat di rumah anda.

Nak kurangkan tekanan darah? Lakukannya dengan mudah guna bahan yang ada di rumah
Nak kurangkan tekanan darah? Lakukannya dengan mudah guna bahan yang ada di rumah

1. Bawang putih

Ada dua cara untuk menggunakan bawang putih:

Cara pertama:

Bakar 2 biji bawang putih dan makan.

Cara kedua:

Tumbuk 3 biji bawang putih dan campurkan dalam segelas air masak. Minum setiap hari selepas sarapan pagi.

2. Bulu jagung

Rebus 1 mangkuk bulu jagung bersama dua gelas air.

Biarkan mendidih sehingga air tinggal lebih kurang 1 gelas.

Minum air rebusan 2 kali sehari pada hari ganjil dan 1 kali sehari pada hari genap.

3. Daun kuchai

Ambil seikat daun kuchai, tumbuk halus dan perah untuk mengeluarkan airnya.

Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Dengan izinNya, penyakit darah tinggi akan berkurang.

4. Batang serai

Rebus 3-4 batang serai dengan 4 cawan air.

Masak hingga air tinggal secawan.

Minum air serai ini dua kali sehari.

5. Air kelapa

Campurkan 1 gelas air kelapa muda dengan sedikit kopi tanpa gula dan sebiji garam jantan kecil.

Gaulkan dan minum. Amalkan dua kali seminggu.

6. Buah mengkudu

Peras buah mengkudu yang sudah masak. Ambil airnya dan tapiskan.

Minum pada waktu pagi sebelum makan (sebelum sarapan).

Lakukan setiap hari selama satu minggu.

7. Pisang

Hancurkan 3 biji pisang kelat yang sudah masak beserta kulitnya dengan 1 cawan air.

Minum air tersebut setiap hari. Lakukan secara konsisten.

8. Epal hijau

Masak 2 biji epal hijau yang sudah dikupas dan dipotong nipis-nipis dengan 2 cawan air hingga lembut.

Biarkan sejuk dan tapis airnya.

Minum air rebusan epal hijau 2 kali sehari.

Lakukan secara rutin. Dengan izin Allah, tubuh anda akan lebih bertenaga.

Jangan buang isi epal, boleh digunakan untuk membuat jem.

9. Daun cermai

Rebus 7 helai daun cermai dengan 1 liter air.

Angkat daun cermai sebaik sahaja air mendidih.

Minum air rebusan daun cermai 2 kali sehari (minum ketika masih panas).

10. Belimbing tanah

Rebus 1 batang pokok belimbing tanah (Tacca cristata Jack) dan minum air rebusannya 2 kali sehari.

Amalkan pengambilan secara berterusan.

Jika tekanan darah terlalu tinggi, sila dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor segera.

Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat.

Baca :

Manfaat daun rambutan untuk atasi uban dan hitamkan rambut

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Senang & ekspres! Ini cara buat pizza segera versi ‘homemade’ guna 4 bahan