‘Nama je bank islam tapi macam bank kafir’ Peniaga bengang internet banking bank islam lembab

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sepatutnya perbankan internet memudahkan urusan tapi lain pula jadi bila peniaga ini luah kekecewaan

Dengan mutu perkhidmatan aplikasi go bank islam yang dikatakan ‘lembab macam siput sedut’

“Hey gais, siapa owner Bank Islam eh, nama dah bank islam bukan bank kafir, bukannya bank abuya,

kau faham tak aku ni meniaga betapa susahnya orang nak qr masuk untuk bayar duit makan kau faham tak”

“Sampai hari ni aku dah sedekah, dekat 3 orang, tahu tak kenapa, orang tu takde duit cash ,

'Nama je bank islam tapi macam bank kafir' Peniaga bengang internet banking bank islam lembab

lepastu dia kata qr awak masuk ni dik, nak suruh berapa banyak lagi aku bagi kat orang kau beritahu aku, jadi senang aku set time”

“Kalau dah rosak tu betulkan lah application kau tu, jangan lah jadi lembab sangat macam siput sedut, bangang sangat kau ni, nama je bank islam tapi macam bank kafir, susah lah kau ni , orang atasan buat apa eh, tolonglah tengok, alert sikit, customer service mana?”

@bobobuaya77 Bank islam servis siput sedut👎🏻#fypシ #peniagajalanan #qr #pay #bankislam #bank ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Sementara itu, ini penjelasan dari bank islam, perkhidmatan perbankan mudah alih Bank Islam Malaysia Bhd telah dipulihkan sepenuhnya berikutan gangguan awal hari ini.

“Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa perkhidmatan perbankan mudah alih telah dipulihkan sepenuhnya.

Pasukan teknikal kami bekerja dengan gigih untuk menyelesaikan isu itu, dan kami boleh mengesahkan bahawa perkhidmatan itu kini kembali normal,” kata bank itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Bank Islam mengumumkan bahawa pengguna mengalami gangguan yang menjejaskan pelbagai perkhidmatan DuitNow, termasuk Pemindahan DuitNow, Permintaan, QR dan Perbankan/Dompet Dalam Talian.

BACA: Tular video Fattah Amin duduk bersendirian di tangga surau undang perhatian netizen